Di sebuah hospital di wad 6 atau ringkasnya wad bersalin terdapat 4 orang bakal bapa menanti kelahiran anak sulung masing-masing, mereka ialah Ali,Abu,Asan Dan Tenuk. Mereka berempat tidak mengenali antara satu sama lain kerana mereka bekerja di lain-lain tempat. tiba-tiba keluarlah seorang jururawat lalu berkata, " Mat Ali....tahniah kerana isteri anda baru selamat melahirkan sepasang anak kembar -2." Lalu si mat Ali pun berkata, "Eh...ini satu kebetulan kerana saya bekerja di Menara Kembar Petronas..." selepas beberapa minit kemudian keluar lagi jururawat lalu berkata "En.Abu....tahniah kerana isteri awak baru selamat melahirkan anak kembar -3, lalu Abu pun berkata..."syukur alhamdullilah....ini satu kebetulan kerana saya bekerja di TV-3", Selang beberapa minit kemudian keluar lagi jururawat lalu berkata, "En.Asan tahniah kerana isteri anda baru selesai melahirkan anak kembar -4, lalu dengan gembira Si Asan pun berkata "wah....ini juga satu kebetulan kerana saya bekerja di Hotel 4 Bintang. lalu si Tenuk dah gelisah....kerana isteri beliau je lagi yang tinggal. Si Tenuk kehulu-kehilir resah seresah resahnya. lalu jururawat pun berkata "Encik...kenapa encik resah....encik jangan bimbang hospital ni salah satu hospital yang selamat melahirkan anak kembar di Malaysia. lalu Tenuk pun berkata " saya bukan apa nurse....sebab saya bekerja di 7- eleven. tu yang risau sikit tu takut jadi kebetulan jugak...."
BOORRIIINGNYEEE lawak ni...lawak yang dah berkurun ni pun ko nak copy buat pe??? takde lawak lain ke???..cuba la kembangkan sikit kepala otak tu..iissshhh!!!!