Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.
Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya,Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.
Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi, Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentah lagu "Cindai" nyanyian Siti Nurhaliza. Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.
Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan. Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.
Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.. Budin : Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar.. Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.. Budin : Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi.. Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.. Budin : Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni!!
btl kcing mmg pndai cri jln blik..aku nak kongsi citer ttng kcing aku.Kcing aku nie aku bg nama willy,specialnye dia time mak willy lahirkan willy aku ler yg usap2 prut mak dia,mak dia aku ltak nama Sayang...time sayang nak lahirkan willy nie dia asyik dtg kat aku pastu syik bnyi jer bsing laaa.Tu pasal kalo da bdak2 wat bising ker r nakal sgt org tua2 ska ckp'mcm kcing nak branak'Dsbbkan bising sgt aku jdi bidan terjun kat sayang ni,aku urut prut dia,dia diam smpilaa aku amik kotak letak sayang dlm tuu,aku urut jer prut dia smpi aku nmpak mcm kaki anak kcing.Aku x pasti ler kaki r tngan kuar dlu bb pas2 mmg aku x tgk da,bb aku xbrani nak tgk lgi smpi kuar 4 ekor anak kcing .willy 1st yg kuar,yg len aku da x ingat nama apa yg aku ltk..aku smpat plihara 6 bln jer pas2 mak aku suh buang,bb dia ada pnyakit asma.Ayah aku g buang kat pasar malam,dlm masa sminggu 2 aku nmpak cam willy slalu dtg rmh aku,tpi jiran aku ckp kcing diaorg so aku tnya arr diaorg amik kat ner kcing 2,diaorg ckp kcing tu ada kat dlm keta diaorg bb jiran aku nie niaga kat pasar malam.Dlm ati aku'wahhh willy blik naik keta tuuu'.. aku pun g taw la jiran willy sbnrnya kcing taorg buang,kalo nak jga dia,jga la elok2 tpi jiran aku da xnak bb willy xpna pon duk kat rmh diaorg...aku pon jga blik dia smpi dia mati,sdih sesgt time willy mati,aku yg keras ati ni pon kuar gak air mata.......
hahaha!!kisah dulu˛:pak cik aku buang kucing kat pantai..aku ckp pun bukan korang tau kan.dh arr beach tu punya la jauh..lam masa seminggu.kucing tu datang balik.derang sumer tekezut arhh..n then buang agi kat tempat makan.datang lagikk!!last˛ derang jaga jek..sampai dia mninggal.
datuk aku x galakkan buang kucing.sebab sian kan kalao kucing tu mati kelaparan.mati kena langgar..kalau sakit cane pon..datuk aku akan jaga sampai kucing itu mati.kucingku si ayong yang nak ninggal tu dh sihat walaufiat..datuk aku jaga dengan penuh kasih sayang..kucing tu pun makin ari makin cute..huk3!!len kali aku post gambarnyekk..