Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: bila buku bertemu ruas


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:
bila buku bertemu ruas


Seorang lelaki bertemu seorang ahli sufi dan mengemukakan beberapa soalan. Soalan pertama : "Saudara kata Tuhan wujud, tetapi saya tidak pernah melihatnya.

Cuba tunjukkan saya di mana Tuhan berada."
Kedua, "Mengapa manusia mesti dihukum apabila melakukan kesalahan sedangkan semua itu adalah kehendak Tuhan? Manusia tidak punya kehendak bebas, tidak dapat melakukan sesuatu bertentangan dengan kehandak Tuhan."
Ketiga, "Mengapa Tuhan menghukum syaitan dengan membakarnya dalam neraka? Bukankah syaitan itu berasal daripada api, jadi tentulah api tidak dapat memudaratkan dirinya?"
Ahli sufi itu tidak memberikan sebarang jawapan sebaliknya mengambil seketul tanah keras dan membaling kepala lelaki yang bertanya itu. Disebabkan tidak puas hati dengan tindakan ahli sufi itu, lelaki yang bertanya tadi pergi mengadu kepada seorang hakim.
"Saya mengemukakan tiga soalan kepadanya tetapi dia membaling kepala saya dengan seketul tanah keras lalu menyebabkan ahli sufi berkenaan dipanggil dan apabila ahli sufi itu tiba hakim bertanya, "Lelaki ini mengemukakan beberapa soalan dan kamu menjawabnya dengan membaling kepalanya dengan tanah, mengapa?" Jawab ahli sufi itu, "Ketulan tanah keras itulah jawapan kepada soalannya tadi : Pertama, dia kata kepalanya sakit, sila tunjukkan di mana letaknya sakit itu, barulah nanti saya tunjukkan di mana Tuhan berada. Kedua, mengapa dia mengadu pada tuan mengenai saya sedangkan apa yang saya lakukan semuanya adalah atas kehendak Tuhan. Dan ketiga, yang saya gunakan untuk membalingnya adalah tanah, mengapa pula dia kata dia tercedera disebabkan itu? Bukankah manusia diperbuat daripada tanah?" Lelaki itu senyap tidak berkata apa-apa dan hakim pula sangat puas hati dengan jawapan ahli sufi itu.


p/s:kalo da post,sorry ekkk

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

citer ni rasa aku belum post... tapi aku penah baca citer ni kat tempat lain... cerita ni sebenarnya ada version yang lebih padat dan menarik... yang ko ni punya sesuka... cam simple je.... patutnya jawapan ahli sufi tu lebih panjang dan menarik...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

yeahhh,akhirnya aku brjaya mngpost yg blom org post....xpala misteri xfull version pon xpa,jnji leh pham bb kalo pnjng pon ada plk yg malas nak bce!!!!

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard