Pagi itu seperti biasa Maizatul,34 melangkah penuh gaya masuk ke pejabatnya.Walaupun hanya memegang jawatan kecil di sebuah syarikat rawatan kecantikan namun lagaknya seperti pegawai besar.
Sikapnya itu bukan sekali dua menimbulkan rasa jengkel dikalangan rakan setugas,namun Maizatul tidak pernah mempedulikannya.Yang penting hatinya bagai merak kembangan petang setiap kali Radzi,42 Pengarah urusan sayrikat itu memujinya.Sebenarnya dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap majikannya yang kacak itu.Namun oleh kerana isteri Radzi juga adalah orang kanan di syarikat itu perasaannya terpaksa dipendamkan.Tapi bila ada peluang dia pasti akan berusaha menggoda.Maizatul bagikan lupa tentang statusnya sebagai isteri dan ibu kepada tiga orang anak.Impiannya untuk menawan hati majikannya tidak pernah padam malah semakin membara dari hari ke hari.
Demi menanbat hati jejaka idaman maizatul sanggup berhabis sakan.Pakain yang tersalut di tubuhnya sentiasa up to date,mengghairahkan dan mendapat perhatian Radzi.Kalau umpan sudah tersedia masakan pancing tersadai lesu.Godaan Maizatul membuatkan iman Radzi terbang entah ke mana.Tanpa pengetahuaan isterinya,Radzi seringkali menghubungi telefon bimbit Maizatul.Melihatkan respon Radzi,Maizatul rasa seperti di awangan.
Tiga bulan lamanya mereka menjalinkan hubungan sulit tanpa pengetahuaan sesiapa pun.Mereka berdua bijka sekali menyembunyikan hubungan itu daripengetahuan orang lain terutamanya daripengetahuan isteri radzi dan pekerja syarikat kecantikan itu.
Sepanjang hubungan itu bukan sekali dua Radzi mencuit tubuh gebu maizatul itu.Cuma Maizatul saja yang buat-buat jual mahal.Rancangannya,supaya Radzi rasa tercabar dan berusaha untuk menakluk dirinya.Dan petang Sabtu akhirnya maizatul jatuh dalam dakapan Radzi.Petang itu Maizatul sengaja pulang lewat,kebetulandia perlu menyediakan beberapa fail untuk mesyuarat.
Walaupun kerja itu bukan dibawah tanggungjawabnya,Maizatul dengan rela hati untuk melakukannya.Tanpa pengetahuan sesiapa,rupanya Maizatul dan Radzi merancang untuk bertemu selepas waktu pejabat.Tambah melancarkan rancangan isteri Radzi tidak ada kerana berkursus di Pulau Pinang selama lima hari.Maka melonjak riang kedua-dua kekasih itu.
Petang itu kedua-dua mereka melunaskan hajat mereka tanpa sedikit pun rasa bersalah dan berdosa.Sebaliknya mereka tersenyum kepuasan.Sejak itu mereka semakin kerap bersama.Maizatul benar-benar seorang pelakon yang hebat.Di rumah dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan sempurna.Keperluan suaminya tetap dilayan sebaik mungkin kerana dia tidak mah suaminya mengsyaki perbuatannya bermain kayu tiga.
Walaupun suaminya kurang senang dengan cara dia berpakian ke pejabat,namun dua pandai memberikan alasan.Namun Maizatul lupa sesuatu yang pasti.Sepandai tupai melompat akan jatuh ke tanah jua.Suatu hari salah seorang pekerja syarikat tersebut terserempak dengan mereka di sebuah restoran.Maizatul dan radzi sangat terkejut namun mereka pura-pura berlagak biasa.Maizatul sudah merasakan bahawa berita itu akan cepat tersebar di pejabat.
Namun sangkaannya meleset.Tiada khabar angin yang tersebar.Ros,rakan sepejabat yang terserempak dengannya dahulu juga tidak menunjukkan sebarang riak curiga.
Ditakdirkan beberapa bulan kemudian Maizatul disahkan mengandung.Orang yang paling gembira bila mendengar berita itu tentulah suaminya.namun Maizatul sendiri bingung adakah anak dalam kandungan itu anak dari benih suaminya atau dari benih Radzi?
Apa yang membuatkan dia tidak keruan,Radzi seolah-olah mula menjauhkan diri darinya.Ada saja alasan yang diberikan apabila Maizatul ingin berjumpa dengannya.Malah Radzi juga sudah memarahinya dan tidak semesra dulu lagi.
Bulan demi bulan perut maizatul semakin sarat.Begitu juga dengan perasaanya saat ini,hanya Tuhan yang tahu betapa bersalahnya dia.Tambah memilukan perasaanya Maizatul dilayan bagai minyak yang penuh oleh suaminya.Dia tidak dibenarkan membuat kerja-kerja berat.Suaminya amat gembira kerana setelah 5 tahun Maizatul tidak mengandung setelah kelahiran anak mereka yang ketiga.
Rasa bersalah semakin menghimpit.Walupun belum terbukti anak dalam kandungannya itu anak Radzi namun hatinya berat mengatakan begitu.Ini kerana sebelum dia mengadakan hubungan dengan Radzi,dia sering juga mengadakan hubungan kelamin dengan suaminya namun tak pernah lekat.Dia yakin benih anak di dalam perutnya itu adalah benih kekasih gelapnya.
Tiba hari ,maizatul dimasukkan ke wad bersalin.Meskipu masa bersalinnya telah tiba namun anak dalam kandungannya itu seakan tidak mahu keluar,puas usaha untuk mengeluarkannya dilakukan namun tidak berjaya.
Sedang Maizatul mengerang kesakitan dia memanggil nama suaminya.Dengan suara tersekat-sekat dan linangan air mata Maizatul meminta ampun dan menceritakan segala rahsia yang disimpannya selama ini.Mendengar berita itu si suami seperti di panah petir.Siapa yang tidak kerseksa batinnya apabila isteri yang dicintai dan dipercayai mengkhianatinya dalam diam.Malah sanggup ditiduri dan sedang bertarung nyawa melahirkan hasil hubungan mereka.
Namun Maizatul terus merayu-rayu.Dlam hati kecil suaminya masih terselit rasa simpati melihat isterinya kesakitan.Sebaik meluncur perkataan maaf dari mulut suaminya ,kandungan Maizatul lahir dengan mudahnya dan saat itu juga suaminya rebah ke lantai.Maizatul yang masih dalam keadaaan lemah terkejut dengan keadaan itu,namun dia tidak berdaya membuat apa-apa kerana dia juga tidak sedarkan diri selepas itu.
Selepas 2 minggu maizatul dibenarkan pulang ke rumah.Namun dia tidak menunjukkan sebarang reaksi dan hanya sesekali ketawa apabila diberitahu suaminya telah meninggal dunia saat dia selamat melahirkan anaknya.
KiniMaizatul dirawat di hospital sakit jiwa dan kesemua anaknya dijaga oleh orang tuanya di kampung.Walupun tidak ramai yang tahu sebab dia menjadi gila,namun rakannya Ros tahu sebab musababnya.Dia tahu akan hubungan sulit Maizatul dengan Radzi.
Sesungguhnya seksaan Allah itu amat pedih.Dan balasan terhadap wanita yang menduakan suami adalah amat berat.
Dgo tu ros. ko jgn wat wat x dgo plk. Dh g balik sana mintak ampun dgn laki. Pasal bob, ko x yah risau. tau lah aku mcm mana nk uruskn jenazah beliau tu.
crita nie mcm prnh dgr jer... ooo..cite nek rose rupenye... patut la time jongos cite kt aku, die xbgtau nama sebenar maizatul tersebut...tp mcm maner eliza leh tau ek.. nie mesti gg tu bgtau ko kn??
woi jongos...pasal ape kt eliza ko bg tau kt aku ko xbgtau..korg ade skandal ke???