Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Suami Mati Isteri Gila


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:
Suami Mati Isteri Gila


Pagi itu seperti biasa Maizatul,34 melangkah penuh gaya masuk ke pejabatnya.Walaupun hanya memegang jawatan kecil di sebuah syarikat rawatan kecantikan namun lagaknya seperti pegawai besar.

Sikapnya itu bukan sekali dua menimbulkan rasa jengkel dikalangan rakan setugas,namun Maizatul tidak pernah mempedulikannya.Yang penting hatinya bagai merak kembangan petang setiap kali Radzi,42 Pengarah urusan sayrikat itu memujinya.Sebenarnya dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap majikannya yang kacak itu.Namun oleh kerana isteri Radzi juga adalah orang kanan di syarikat itu perasaannya terpaksa dipendamkan.Tapi bila ada peluang dia pasti akan berusaha menggoda.Maizatul bagikan lupa tentang statusnya sebagai isteri dan ibu kepada tiga orang anak.Impiannya untuk menawan hati majikannya tidak pernah padam malah semakin membara dari hari ke hari.

Demi menanbat hati jejaka idaman maizatul sanggup berhabis sakan.Pakain yang tersalut di tubuhnya sentiasa up to date,mengghairahkan dan mendapat perhatian Radzi.Kalau umpan sudah tersedia masakan pancing tersadai lesu.Godaan Maizatul membuatkan iman Radzi terbang entah ke mana.Tanpa pengetahuaan isterinya,Radzi seringkali menghubungi telefon bimbit Maizatul.Melihatkan respon Radzi,Maizatul rasa seperti di awangan.

Tiga bulan lamanya mereka menjalinkan hubungan sulit tanpa pengetahuaan sesiapa pun.Mereka berdua bijka sekali menyembunyikan hubungan itu daripengetahuan orang lain terutamanya daripengetahuan isteri radzi dan pekerja syarikat kecantikan itu.

Sepanjang hubungan itu bukan sekali dua Radzi mencuit tubuh gebu maizatul itu.Cuma Maizatul saja yang buat-buat jual mahal.Rancangannya,supaya Radzi rasa tercabar dan berusaha untuk menakluk dirinya.Dan petang Sabtu akhirnya maizatul jatuh dalam dakapan Radzi.Petang itu Maizatul sengaja pulang lewat,kebetulandia perlu menyediakan beberapa fail untuk mesyuarat.

Walaupun kerja itu bukan dibawah tanggungjawabnya,Maizatul dengan rela hati untuk melakukannya.Tanpa pengetahuan sesiapa,rupanya Maizatul dan Radzi merancang untuk bertemu selepas waktu pejabat.Tambah melancarkan rancangan isteri Radzi tidak ada kerana berkursus di Pulau Pinang selama lima hari.Maka melonjak riang kedua-dua kekasih itu.

Petang itu kedua-dua mereka melunaskan hajat mereka tanpa sedikit pun rasa bersalah dan berdosa.Sebaliknya mereka tersenyum kepuasan.Sejak itu mereka semakin kerap bersama.Maizatul benar-benar seorang pelakon yang hebat.Di rumah dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan sempurna.Keperluan suaminya tetap dilayan sebaik mungkin kerana dia tidak mah suaminya mengsyaki perbuatannya bermain kayu tiga.

Walaupun suaminya kurang senang dengan cara dia berpakian ke pejabat,namun dua pandai memberikan alasan.Namun Maizatul lupa sesuatu yang pasti.Sepandai tupai melompat akan jatuh ke tanah jua.Suatu hari salah seorang pekerja syarikat tersebut terserempak dengan mereka di sebuah restoran.Maizatul dan radzi sangat terkejut namun mereka pura-pura berlagak biasa.Maizatul sudah merasakan bahawa berita itu akan cepat tersebar di pejabat.

Namun sangkaannya meleset.Tiada khabar angin yang tersebar.Ros,rakan sepejabat yang terserempak dengannya dahulu juga tidak menunjukkan sebarang riak curiga.

Ditakdirkan beberapa bulan kemudian Maizatul disahkan mengandung.Orang yang paling gembira bila mendengar berita itu tentulah suaminya.namun Maizatul sendiri bingung adakah anak dalam kandungan itu anak dari benih suaminya atau dari benih Radzi?

Apa yang membuatkan dia tidak keruan,Radzi seolah-olah mula menjauhkan diri darinya.Ada saja alasan yang diberikan apabila Maizatul ingin berjumpa dengannya.Malah Radzi juga sudah memarahinya dan tidak semesra dulu lagi.

Bulan demi bulan perut maizatul semakin sarat.Begitu juga dengan perasaanya saat ini,hanya Tuhan yang tahu betapa bersalahnya dia.Tambah memilukan perasaanya Maizatul dilayan bagai minyak yang penuh oleh suaminya.Dia tidak dibenarkan membuat kerja-kerja berat.Suaminya amat gembira kerana setelah 5 tahun Maizatul tidak mengandung setelah kelahiran anak mereka yang ketiga.

Rasa bersalah semakin menghimpit.Walupun belum terbukti anak dalam kandungannya itu anak Radzi namun hatinya berat mengatakan begitu.Ini kerana sebelum dia mengadakan hubungan dengan Radzi,dia sering juga mengadakan hubungan kelamin dengan suaminya namun tak pernah lekat.Dia yakin benih anak di dalam perutnya itu adalah benih kekasih gelapnya.

Tiba hari ,maizatul dimasukkan ke wad bersalin.Meskipu masa bersalinnya telah tiba namun anak dalam kandungannya itu seakan tidak mahu keluar,puas usaha untuk mengeluarkannya dilakukan namun tidak berjaya.

Sedang Maizatul mengerang kesakitan dia memanggil nama suaminya.Dengan suara tersekat-sekat dan linangan air mata Maizatul meminta ampun dan menceritakan segala rahsia yang disimpannya selama ini.Mendengar berita itu si suami seperti di panah petir.Siapa yang tidak kerseksa batinnya apabila isteri yang dicintai dan dipercayai mengkhianatinya dalam diam.Malah sanggup ditiduri dan sedang bertarung nyawa melahirkan hasil hubungan mereka.

Namun Maizatul terus merayu-rayu.Dlam hati kecil suaminya masih terselit rasa simpati melihat isterinya kesakitan.Sebaik meluncur perkataan maaf dari mulut suaminya ,kandungan Maizatul lahir dengan mudahnya dan saat itu juga suaminya rebah ke lantai.Maizatul yang masih dalam keadaaan lemah terkejut dengan keadaan itu,namun dia tidak berdaya membuat apa-apa kerana dia juga tidak sedarkan diri selepas itu.

Selepas 2 minggu maizatul dibenarkan pulang ke rumah.Namun dia tidak menunjukkan sebarang reaksi dan hanya sesekali ketawa apabila diberitahu suaminya telah meninggal dunia saat dia selamat melahirkan anaknya.

KiniMaizatul dirawat di hospital sakit jiwa dan kesemua anaknya dijaga oleh orang tuanya di kampung.Walupun tidak ramai yang tahu sebab dia menjadi gila,namun rakannya Ros tahu sebab musababnya.Dia tahu akan hubungan sulit Maizatul dengan Radzi.

Sesungguhnya seksaan Allah itu amat pedih.Dan balasan terhadap wanita yang menduakan suami adalah amat berat.

__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

haaa... ni dgr ni... ni pinses ngan myname slalu wat camni... bukan mendua... ttapi men100kan somi bliau.... pepun good story from nadia petrova... clap.gif

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

minta di jauhkan sikap cam 2, dr idup aku..amin

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

Dgo tu ros. ko jgn wat wat x dgo plk. Dh g balik sana mintak ampun dgn laki. Pasal bob, ko x yah risau. tau lah aku mcm mana nk uruskn jenazah beliau tu.

__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Super Member

Status: Offline
Posts: 1257
Date:

ye....haliza, sungguh insaf saya tatkala membace citer itu...

secara tiba2 saya terasa seolah2 nak hentak je cek nadia binti deraman tu pasal telah membocorkan rahsia ini..

Nanti ko nadia, aku pancitkan gate jamban umah ko!

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

sungguh insap tatkala membaca tajuk cerita ni...aku lum sempat baca lagi ni..nanti sok lusa aku baca..nak sambung baca yaasin jap

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

crita nie mcm prnh dgr jer... ooo..cite nek rose rupenye... patut la time jongos cite kt aku, die xbgtau nama sebenar maizatul tersebut...tp mcm maner eliza leh tau ek..
nie mesti gg tu bgtau ko kn??

woi jongos...pasal ape kt eliza ko bg tau kt aku ko xbgtau..korg ade skandal ke???

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

jongos,w.pon suami aku jauh berjuta batu

ko xperlu mnasihatkan ku,slagi

keimanan ada dlm ati aku nie,

setia ku hnya tuk dia...

bb dia tlah mngenakan ilmu kunci basikal

terhadapku...haizzzzz ssh nak curang

kalo mcm nie









__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

& ko lak pinces tlh m'gena'n ilmu pin2 rmh t'knci pd laki ko..pttla aku tngk dia slalu tdo dpn jamban rmg aku..isk..sadis skali

__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

suami aku ker,patutlaaa da lama

dia xblik rmah,ingatkan dia g oversea

rupe2nyee mginap kat overjamban ko,,,

cianyeee laki aku tuuuu...



__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

bkn jmban kt umah atuk aku ke?? jmbn no 4 di tndas no 6 di c2... ko kn keje kt ngn aku... ko dah luper ke pinces...????

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

tuu plnduk 4 srupa,aku xpnah jejak jamban rmh

atuk ko tuuu,kalo ko nak bwa aku g round2 jmban

atuk ko tu leh gak!!!tpi gan bersyaratlaaa

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

SYARAT??? ko nak gule2 caburis ke???nnt aku bli ekk...

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

mat jenin,ko eja btl2 ckit nama

coklat tu,ha'aa aku mmg suka

pon coklat tue,jongos jer yg taw aku

suka coklat tue,tetiba jer ko taw nie

airan aku!!1

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

mane syrt die?? xpoham bahaso tol la ko nie...

HAMIK NIE...

PANG!!!!

(bru la pinces sedar dr lamunan)

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

AKU NAK COKLAT CADBURY LAAA,KO XPAM KER

NAK COKLAT CADBURY...

NAK COKLAT CADBURY..

NAK COKLAT CADBURY..

2 LER SYARAT AKU,,,HAMPES BTL LA MAT HARDY NIE,

PANG AKU PLAK,HUWAAAAAAAA

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

okay..nk aku bli, aku bg ko 3 bar.... nk yg jenis mane??? yg ade hazulnut adk kpd hazami atau yg ader kismis tu jer???

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

yg ada kiss me,opps kismis

3 bar adik ko mkn pon xckup

len kali bli byk2,50 bar ker

baru aku bole bbbngga gan ko..

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

cukup la tu..nnt gemuk lak...nnt gemuk si gab tu b'kenn lak kt ko...

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

x sangka c gab suke kat org gemuk.... ko jgn camtu... kang hazami sedaya upaya cube menggemukkan diri bliau plak

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Senior Member

Status: Offline
Posts: 342
Date:

hahahaha....bagai dipam pam

__________________

CINTA TAKKAN DATANG KALAU TAK DI CARI,CINTA TAKKAN DAPAT KALAU TAK MEMBERI,HIDUP TANPA CINTA SEPERTI HIDUP TANPA CITA-CITA...



Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:

moral of the story,jgn curang!!

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

yes asyida~!! dont curang²..
baik lelaki atau pompuan~!!!

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard