Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisah adik beradik


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:
Kisah adik beradik


Pada satu hari yang nyaman,angin bertiup sepoi bahasa sebuah keluarga besar pergi berpiknik di sebuah pantai.Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya tapi ada juga dikalangan mereka yang susah.Ada tokey balak,tokey minyak.tokey minyak sawit,tokey emas dan macam-macam lagi.Namun dalam satu bakul buah bukan semuanya elok, pasti ada yang busuk.Sebenarnya kehidupan mereka yang dahulunya aman damai mula goyah sejak bapa mereka dibunuh di Turki.

Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri.Abang-abang mereka yang kaya sudah lupa diri dan mengabaikan adik-adik yang miskin.Manakala adik-adik yang mula belajar hidup berdikari bersusah payah membantu adik-adik yang masih tidak berkemampuan dan menempelak perihal ketidakprihatinan abang-abang mereka yang kaya serta mula lupa diri.

Satu hari,ketika mereka berpiknik seorang adik perempuan mereka telah dicabul dan dirogol dengan kejam oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain.Kejadian ini berlaku di hadapan khemah abang-abang yang kaya raya.Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang penuh simpati manakala abang-abang yang kaya pula memandang perlakuan itu penuh keseronokan.

Tidak berapa lama kemudian adik lelaki mereka pula dihanyutkan ombak.Salah seorang dari mereka cuba membantu tapi dihalang oleh abang yang atas,katanya mari berbincang dahulu.Alasan mereka bahaya.Jadi di saat adik perempuan sedang dicabul kehormatan dan adik lelaki hampir kelemasan mereka duduk berbincang sambil menikmati hidangan yang lazat-lazat.Tajuk persidangan kita hari ini "cara-cara untuk menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan".Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis."Adik yang lebih muda terus bersemangat untk bergocoh dengan pendatang haram dan tanpa menghiraukan keselamatan ingin terus ke lautan menyelamatkan adik lelaki yang sedang kelemasan.Tapi si abang yang atas menghalang"Inilah darah muda,suka sangatmembuat keputusan terburu-buru tanpa menghiraukan keselamatan diri.Kita ambil jalan yang lebih berdiplomasi.Cuba hormat sikit pada
orang tua"Begitulah kata si abang-abang tadi.

Akhirnya si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram itu."Ini resolusi kami.Jangan rogol adik kami lagi,kalau nak sangat tubuh adik kami kita buat gencatan nafsu"Mereka duduk berbincang sambil pencabulan diteruskan terhadap adik perempuan mereka dan diperhatikan oleh adik-beradik yang lain.

Tentang adik yang lemas,salah seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat tetapi dia juga dihalang oleh si abang,"Hoi monyet..Senyaplah..pengkhianat"Getus hati si adik apabila mendapati bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda diketepikan.pada mereka adik-adik seperti ini hanya menyusahkan.Adik-adik yang muda mula dikenakan hukuman Ikut Suka Aku,ada yang dikhatankan buat kali kedua,dirosakan khemah mereka dan pelbagai lagi.Manakala adik-adik perempuan pula mula takut hilang akan kehormatan mereka.Maka diadakan mesyuarat sekali lagi,atas alasan mesyuarat tergempar.Kali ini mereka lebih sepakat."Selamatkan adik perempuan kita.Kita mengutuk sekeras-kerasnya pencabulan pendatang haram itu."Tetapi mereka hanya memasang banner di tepi pantai.Dengan harapan mereka ada orang yang akan membantu.Adik perempuan itu semakin terus dicabul,pakain sudah tidak ada di tubuhnya.Adik-adik yang lain pula hanya memerhati lebih dekat tanpa berbuat apa-apa selepas mesyuarat kononnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya masih kelihatan kini hanya menunggu malaikat maut datang menjemput.Lalu diangkat banner setingi-tingginya "Selamatkanlah adik kami yang kelemasan"dengan harapan ada yang membantu menyelamatkanya.

Bila melihat banner yang dibuat tidak berkesan mereka bermesyuarat lagi,kali ini untuk mendapatkan banner yang lebih cantik,lebih mahal dan wording lebih menarik.Adik perempuan mereka semakin lemah terus dicabul dan dicabul.Adik lelaki mereka semakin tenggelam dalam lautan luas...Adik beradik terus bermesyuarat dan bermesyuarat..
Begitulah kisah tak masuk akal yang di alami di satu tempat yang dirahsiakan namanya...
+adik perempuan bernama Palestin
+adik lelaki bernam Iraq
+abang-abang yang kaya itu negara arab yang kaya
+adik-adik yang senyap itu negara Islam yang menbangun/mundur
+adik-adik berdarah muda itu gerakan Islam
+mesyuarat itu ialah mesyuarat OIC
+bapa mereka yang mati adalah Khalifah









-- Edited by nadia at 09:44, 2007-05-23

__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

bgsnye citer ni nadia..mana ko dpt? sungguh mendalam maksudnye..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Senior Member

Status: Offline
Posts: 293
Date:

lailatul wrote:

bgsnye citer ni nadia..mana ko dpt? sungguh mendalam maksudnye..



ha a la lailatul..
btol kata ko, amat mendalam msg nyer...
weirdface



__________________
tidak usah kau ucap...... tidak usah kau lafazkan.... aku sudah mengerti bahasa jawamu......


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Mekasih..riak jap aku..hehe..aku dpt ni dr email jer,kwn aku foward..klu ada lg nnt aku foward.

__________________
Aku IBU si Comel...


Member

Status: Offline
Posts: 11
Date:

masage ni menyedarkan kita betapa pentingnya bersatu......waaaawawaawaaaa...aku terharu........

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

meremang bulu roma aku bace kisah nie..sedih btl..
maner la ko curik cite nie...???


__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Oit mat ko xbaca ker apa aku tls kt ats td...



__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

bace laa....serius nie...meremang aku bile aku pkr lbh jauh ape jd kt sume negara2 tu...
kte yg aman damai ni pon, blh tgk, dgr dan simpati...
ape yg kte blh buat???

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

free2 mat kena marah gan nadia..hahaha..mat ko kenal Tengku Adnan B. Tengku Mansor x?


__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

xknl...knp cik laila???

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

waaaa.... sodinyerrr... nengok tajuk pon dah raso sebak kat lutut.... bleh bgi tema.... sakit pale lutut nak bace bende2 camni sakit lagik jiwe nengok si mat x konal bekas mentor haku

>>> berat same dipikul, ringan same dijinjing.... bersatu teguh bercerai roboh

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

Mat tHe MatiCs wrote:

xknl...knp cik laila???



dia 2 menteri kita..tp pelik sikit..aku nak post sej dia, tp tkt lak..



__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

knp???die dulu teruk, tp skrg dah ok???kalo mcm tu send jer laa...
nk tau gak mcm mane die berubah...

__________________



Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard