1.Jin berasal dari Jaan(bapa Jin)dan gelarannya Azazil.Dicipta dari api dan telah beramal berpuluh ribu tahun.
2.Apabila Allah telah memerintahkan supaya tunduk menyembah Nabi Adam,mereka telah ingkar.Allah telah melaknat dan diperintahkan turun ke bumi.Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3.Jin Islam pula terbahagi kepada 2 iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Islam tidak soleh(kafir).Syaitan pula semuanya kafir.
4.Makanannya dari api(asap).Oleh itu orang islam tidak digalakkan menggunakan asap kemayan kerana jin paling suka asap yang busuk.
5.Tempat tinggal jin adalah di awan,hutan,lombong,tandas,tempat-tempat tinggi,laut dan kubur.
6.Apabila ingin membuang air dalam perjalanan(cthnya di tepi lebuh raya)hendaklah membaca"Salamun,'Ala Sulaiman'Fil A'lamin".Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan nabi Sulaiman.Tapi orang melayu pula suka membaca"Ampun datuk,anak cucu nqk tumpang buang air".Bila pulak jin dapat pangkat datuk & bila pula kita jadi anak cucu cicit jin?
7.Jin tidak tahu akan alam ghaib,oleh itu jika ada bomoh tukang tilik yang menggunakan jin..pembohong..Sirahnya apabila Nabi Sulaiman memerintahkan jin membina istananya,sehingga Nabi Sulaiman wafat pun jin tidakperasan/sedar.Pada ketika itu Nabi Sulaiman duduk di kerusi danmenggunakan tongkat kayu.Jin itu terus bekerja.Sehinggalah anai-anai memakan tongkat itu dan tongkat itu rebut dan Nabi Sulaiman rebah barula jin sedar bahawa Nabi Sulaiman telah wafat.
8.Manusia juga dilarang membuang air di lombong yang airnya tenang terutama pada waktu malam kerana pada masa itu jin suka mandi.Dilarang juga mebuang air di lubang-lubang (Tanah).
9.Rumah-rumah lama yang tidak berpenghuni atau baru siap dibina dan belum diduduki,jin suka tinggal disitu.Sebelum duduk di situ digalakkan membaca surah Al-Baqarah,sehingga habis.Jin akan lari selama 3hari.Tak perlu menepung tawar rumah seperti mana yang gemar dilakukan oleh orang melayu dulu.
10.Jika budak menangis tengah-tngah malam,azankan 7-10 kali,jika tidak bacakan yasin dengan 9 kali henti(tekniknya)kerana dia mungkin pernah terjumpa orang yang dirasuk.