Rakan-rakan.... aku ingin menganjurkan kepada korang semua untuk topik ini... setiap seorang search satu hadis Nabi S.A.W kat seluruh pelosok internet dan postkan dalam topik ni... moga-moga kehidupan kita memperoleh keberkatan dengan apa yang kita lakukan ini....
ingat, balas posting dengan membalas penulisan Hadis... bukan kata2 kosong.... tak kira la apa2 hadis pun... kelak ia akan membantu kita jadi muslimin sejati...
biar aku mulakan dulu..
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda :
Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"
Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70 000 musim. (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abu Ayyub al-Anshari r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:satu jenazah berlalu di hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda berdiri. Kami pun berdiri juga mengikut baginda. Kemudian kami berkata:Ya rasulullah! Itu jenazah orang Yahudi. Sabda baginda:Kematian itu mengejutkan. Oleh itu bila kamu melihat jenazah (lalu) berdirilah"
"Orang yang banyak berkata, akan banyak silap, dan orang yang banyak silap akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa ialah neraka lebih layak baginya"(maksud hadis)
Mutiara Kata: "Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian"
Rebutlah lima masa sebelum tibanya lima masa, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kaya mu sebelum fakir, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati. (Maksud Hadis)
Kamu tidak dapat menggembirakan semua orang dengan harta benda, oleh itu gembirakanlah mereka dengan senyuman berseri dan ikhlas luhur.(Maksud Hadis)
hmmm... apa kata ko cuba slow2 sikit... kita lihat orang lain nak letak hadis apa... nanti kalau semua ko letak... orang lain nak letak yang mana.... maybe... esok2 plak ko cari... bukan apa... orang lain pun nak buat kebaikan... supaya kita sama2 dapat pahala... insyaallah...
Seorang mumin dengan mumin yang lain ibarat sebuah bangunan, satu bagian menguatkan bagian yang lain (HR. Muslim dari Abu Musa al-Asyari).
1. Rasulullah s.a.w pernah bersabda : Kematian itu apabila dikenangkan, seseorang itu lebih banyak menangis daripada ketawa -(Abi Dunya)
2. Allah berfirman kepada Nabi Musa a.s : Wahai manusia, seandainya binatang ternakan mengetahui bagaimana dasyatnya kematian yang menimpamu nescaya semua tidak mahu makan dan minum sehingga kebuluran dan kehausan.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w pernah bersabda
"Orang beriman yang menghadiri upacara pemakamam seorang Muslim dengan ikhlas dan berharap memperoleh pahala Allah SWT dan berada di sana hingga ikut menshalatkan dan upacara pemakamam diselesaikan,ia akan pulang dengan memperoleh dua qirat.Masing-masing qirat ukurannya sebesar Gunung Uhud.Sedangkan yang hadir hanya sampai menshalatkan,memperoleh satu qirat saja."
Daripada Abu Hurairah telah berkata : Sabda Rasulullah s.a.w yang artinya : Sesungguhnya Allah itu Maha Baik tidak menerima melainkan sesuatu yang baik. Dan Sesungguhnya Allah telah memerintah para orang yang beriman sama dengan apa yang telah Dia perintah dengannya terhadap para rasul. Maka firmanNya yang artinya : Wahai rasul-rasul makanlah kamu daripada makanan yang baik (halal)...dan firmanNya lagi yang artinya : Wahai orang-orang yang beriman makanlah kamu daripada makanan yang baik apa yang dianugerahkan kepadamu(halal).... Kemudian Rasulullah s.a.w menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berrdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mau mengabulkan doanya.
- Riwayat imam Muslim -
Keterangan ringkas
1. Ketika berdoa maka sebutlah nama-nama Allah yang baik dan cantik kerana Allah begitu menyayangi mereka yang menyebut nama-namaNya malah sesiapa yang menghafal dan menghayati nama Allah yang 99 maka dijanjikan balasan Syurga.
2. Tidak boleh memberi sedekah perkara yang haram atau tidak elok kerana telah diriwayatkan dalam satu hadis Sohih yang bermaksud : Allah tidak akan menerima sembahyang tanpa bersuci dan Dia tidak menerima sedekah daripada perkara yang tidak elok (sumber atau bendanya).
3. Kita dapat lihat bagaimana Allah menerima korban Habil berupa seekor kibas yang gemuk dan sihat serta Dia menolak korban Qabil yang berupa gandum yang tidak elok.
4. Ibnu Abbas menerangkan bagaimana Allah tidak akan menerima sembahyang seseorang yang mana di dalam tubuhnya ada perkara yang haram.
5.Walau pun seseorang yang bermusafir dengan niat yang elok merupakan jihad dan doa orang yang musafir mudah dikabulkan oleh Allah tetapi jika dia dibesarkan dengan makanan, minuman atau pakaian yang haram maka doanya akan ditolak oleh Allah.
6. Imam Syafie sendiri pernah pada suatu hari mengadu kepada gurunya tentang beliau susah mengingati dan memahami apa yang dipelajari sedangkan sebelum ini tidak pernah berlaku perkara demikian. Lalu gurunya meminta agar beliau menjauhi perkara yang haram dengan kata-katanya : Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya Allah tidak akan dianugerahkan kepada orang yang berbuat maksiat. Mendengar jawapan gurunya lalu imam Syafie pulang ke rumahnya dan bertanya adakah beliau telah diberi makan atau minum perkara yang haram. Lalu ibunya teringat bagaimana dia telah memberi minum air susu yang diperah daripada seekor kambingnya yang telah memakan tanaman jirannya tanpa sengaja.Inilah kesan buruk daripada perkara haram atau syubhat.
7. Antara perkara yang menghalang daripada dikabulkan doa seseorang ialah sebagaimana berikut : a. Doa orang yang zalim b. Doa orang yang sentiasa melakukan dosa c. Doa orang yang memutuskan tali persaudaraan d. Doa orang yang dilumuri dengan maksiat e. Doa tanpa sebab yang dilakukan sambil lewa
8. Setiap muslim yang memanjatkan doanya kepada Allah dengan bersungguh maka akan dikabulkan oleh Allah dalam 4 keadaan iaitu :
a. Samada dikabulkan secara segera b. Dikabulkan setelah melalui masa yang lama c. Dikabulkan di akhirat nanti dengan digandakan pahala d. Atau diampuni dosanya
"Barangsiapa menjalani suatu sunnah (perjalanan) yang baik, maka baginya
pahala sunnah itu dan pahala yang mengerjakan dengannya hingga hari
qiamat, dan barangsiapa mengadakan suatu sunnah (perjalanan) yang jahat
(buruk) maka atasnya dosanya dan dosa orang yang mengerjakan dengannya
hingga hari qiamat." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim) ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~* Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan kamu
sesat selama kamu berpegang dengan keduanya: iaitu Kitab Allah dan
Sunnah Rasulnya". (Hadith riwayat Malik) ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~* "Firman Allah Ta'ala: Tiap-tiap amal anak Adam untuknya kecuali puasa,
maka sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku akan memberi balasan
dengannya. Dan puasa itu perisai, maka apabila seorang kamu berpuasa
janganlah ia memaki-maki, mencarut-carut dan janganlah dia
menghiruk-pikukkan; maka jika dia dimaki oleh seorang atau hendak
dibunuhnya, hendaklah ia katakan: aku ini berpuasa." (Hadith riwayat
Hadis riwayat Amru bin Auf r.as..: Bahwa Rasulullah saw. mengutus Abu Ubaidah bin Jarrah ke Bahrain untuk memungut jizyahnya (upeti), karena Rasulullah saw. telah mengadakan perjanjian damai dengan penduduk Bahrain dan mengangkat Alaa' bin Hadhrami sebagai gubernurnya. Kemudian Abu Ubaidah kembali dengan membawa harta dari Bahrain. Orang-orang Ansar mendengar kedatangan Abu Ubaidah lalu melaksanakan salat Subuh bersama Rasulullah saw. Setelah salat, beliau beranjak lalu mereka menghalanginya. Ketika melihat mereka beliau tersenyum dan bersabda: Aku tahu kalian telah mendengar bahwa Abu Ubaidah telah tiba dari Bahrain dengan membawa harta upeti. Mereka berkata: Benar, wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Bergembiralah dan berharaplah agar mendapatkan sesuatu yang menyenangkan kamu sekalian. Demi Allah, bukan kefakiran yang aku khawatirkan terhadap kalian, tetapi yang aku khawatirkan adalah jika kekayaan dunia dilimpahkan kepada kalian sebagaimana telah dilimpahkan kepada orang-orang sebelum kalian, kemudian kalian akan berlomba-lomba mendapatkannya sebagaimana mereka berlomba-lomba dan akhirnya dunia itu membinasakan kalian sebagaimana ia telah membinasakan mereka
mahukah engkau, aku beritahu tentang dosa-dosa yang paling besar? iaitu syirik kepada Allah, menderhaka(mencaci-maki) kedua orang tua dan sumpah palsu.