Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kelebihan wanita...


Super Member

Status: Offline
Posts: 609
Date:
Kelebihan wanita...



Assalamualaikum...

1. Seorang wanita solehah adalah lebih
baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih
baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah
lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang
jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang
hamil
adalah lebih baik daripada 80 rakaat
solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu
kepada
anaknya daripada badannya (susu badan)
akan dapat satu pahala daripada
tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik
suami
yang pulang ke rumah di dalam keadaan
letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan
tidur yang tidak selesa kerana menjaga
anaknya yang sakit akan mendapat pahala
seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan
kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan
dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya
keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya
akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua
70,000 maalaikat dan bidadari dan
wanita
itu akan dimandikan di dalam syurga,
dan
menunggu suaminya dengan menunggang
kuda
yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada
malam hari kerana menjaga anak yang
sakit akan diampunkan oleh Allah akan
seluruh dosanya dan bila dia hiburkan
hati anaknya Allah memberi 12 tahun
pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang
dengan 'bismillah' akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum
dengan bismillah', Allah akan berkatkan
rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan
berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa
dan
taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala
berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala
beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat
pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah
mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40
hari selepas bersalin, dia akan dikira
sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa
khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai
cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka
maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya
kepada anaknya yang menangis, Allah
akan
memberi pahala satu tahun solat dan
puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa
disuruh akan mendapat pahala 7 tola
emas
dan jika wanita memicit suami bila
disuruh akan mendapat pahala tola
perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan
keredhaan suaminya akan memasuki
syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya
satu masalah akan mendapat pahala 80
tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk
melihat wajah Allah di akhirat, tetapi
Allah akan datang sendiri kepada wanita
yang memberati auratnya iaitu memakai
purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang
wanita untuk menjejak Syurga. Namun
begitu mengapa terlalu ramai yang masih
hidup dalam kejahilan? Sang suami pula
perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga
sebelum keluarga kamu menjejak syurga.

Jangan ingat hendak kahwin empat jika
yang satu belum terbela.
Yang belum kahwin tu ingat, kamu
terdedah kepada kemungkaran. Iman akan
dicabar sehebat-hebatnya ketika ini.

Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke
rumah sebab dipertengahan jalan kita
bertemu Izrail.


__________________
Buanglah kamu semua sampah di sekeliling kamu...............Sebelum kamu dibuang ke dalam semua tong sampah yg berada di sekeliling.........


Senior Member

Status: Offline
Posts: 324
Date:

ingat tu wanita2 skalian... wanita ni mmg byk kelebihan... tpi ingat wanita pon ade byk kelemahannya...

"secantik2 wanita itu ialah bunga yg sdg mekar di dlm jiwa dan hati yg tulus taqwa serta menjadi bidadari kpd suaminya..."

__________________

Kejarlah mimpi yg indah kerna indah itu adalah suasana syurga yg abadi



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

bru aku phm...ustaz aku prnh bgtau....kaum wanita lbh senang msk syuga dn diorg pon lbh senang msk neraka....renung2knlah...

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

thanx pepsiman coz share gan kitaorg suma..i proud 2 b women..

25. Semua orang akan dipanggil untuk
melihat wajah Allah di akhirat, tetapi
Allah akan datang sendiri kepada wanita
yang memberati auratnya iaitu memakai
purdah di dunia ini dengan istiqamah.

lebih bangga bila terdpt nama aku dlm ayt kt ats..nama x glamor x pe yg ptg meaningfull.

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

naper plak lela point 25 tu... cek lela pakai purdah ke....???? hehe....

>>> mane plak name cik lela kat situ.... x nampak pon....

>>> istiqamah mesti diutamakan kerna itu adalah amalan utama menjadi persoalan di akhirat.... wallahualam

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard