Cuaca amalam itu cukup gelap sepekat malam.Awan hitam yang menutupi langit menambahakan lagi kepekatan malam.Hitamnya mengalahkan kicap pekat.Bintang yang bilangannya melampaui butiran pasir di pantai tidak pula kelihatan malam itu.Bulan yang biasanya setia menemani malam juga tidak muncul di penglihatan.Tenggelam di telan awan hitam.Butiran hujan yang bertali halus pula menambahkan kedinginan malam.Dinginnya menembusi tulang belakang.Aku yang sedang lena di ulit intan tiba-tiba dikejutkan oleh satu suara halus.Suara isteri yang sedang mengandungkan anak sulung kami.Anaka sulung yang menjadi pengerat hubungan rumah tangga kami yang telah dibina 2 tahun lalu.Menyangkakan isteri sedang kesejukan,aku menghulurkan gebar kepadanya.Meskipun mustahil untuk membuat aku tidur lena kembali tanpa gebar yang menghalang kedinginan dari terus mencuck tulang sum-sum,namun aku rela berkorban demi isteri tersayang.Namun jangkaan ku meleset.Dia bukannya menderita kesejukkan,tapi merengek-rengek mengidamkan sesuatu.Entah apa yang dimimpinya dia mengidamkan nak makan,kalau setakat nasi lemak atau roti canai okey la lagi tapi ni mengidam nak makan telur.Bukan telur ayam sebarangan tapi telur ayam serama.Aduh manala nak ku cekau.Nasib tak dimintanya telur penyu.
Walaupan dalam kedinginan malam dan cuaca gelap pekat,sebagai suami mithali ku turutkan juga keinginan isteri tersayang.Tanpa berlengah aku turun lalu menuju ke reban ayam yang terletak di belakang rumah berbekalkan lampu suluh yang sekejap menyala sekejap padam dan akhirnya tidak menyala lagi.Sambil itu aku berharap telur yang ditelurkan oleh induk serama tidak berembrio dan menetas lagi.
Lantaran kegelapan malam tanpa bantuan cahaya perjalanan ke reban ayam itu terasa jauh sekali..Saling tak tumpah seperti orang buta kehilangan tongkat.Dalam pada teraba-raba dan tergagau-gagau akhirnya aku sampai juga.Tapi masalahnya belum habis lagi,semakin sulit kerana aku langsung tak nampak kelibat ayam serama.Telurnya lagilah tak nampak.Oleh kerana reban itu kecil dan pintunya hanya mampu meloloskan tanganku sahaja.Terpaksalah aku tergagau-gagau sekali lagi.Ternyata ia bukan tugas yang mudah.Untuk mengelakkan ibu dan bapa ayam terkejut dan telur tidak pecah terpaksalah aku mencari dengan penuh berhati-hati.Setelah beberapa minit berlalu pencarianku masih juga belum berhasil.Yang aku dapat hanyalah taik ayam yang bertalu-talu melekat di tangan.
Dalam pada teraba-raba dan tergagau-gagau itu tiba-tiba datang satu cahaya menyuluh ke arah sangkar.Maka mudahlah aku mencapai dua biji teluar ayam dari empat biji yang ada disitu.Entah kenapa,tidak semena-mena aku mengambil induk ayam serama itu sekali.Setelah mengambil telur dan induk ayam serama itu barulah aku terfikir cahaya yang menyuluhi reban ayam tadi.Lantas aku memeriksa lampu suluh yang kubawa tidak menyala tapi cahaya itu masih menyuluhi reban itu.Sedetik kemudian aku terdengar bunyi suara lantas aku berpaling ke arah suara itu...
"Betul tuk,saya betul-betul tak perasan tadi,gelap sangat tadi.Bini saya kat rumah tu dah mengidam sangta nak makan telur ayam serama ni!"kata usin tersengih-sengih sambil menyerahkan telur dan ayam serama ke Tok penghulu Said,ketua kampung dihadapannya.
"Betul..saya setuju kita memang tak nampak apa-apa dalam gelap.Betul juga kita kena usahakan kalau isteri kita mengidam nak makan sesuatu.Tapi masaalahnya sejak bila kau bela ayam serama dan sejak bila kau kahwin hah?!!"Balas Tok Said sambil memasukkan semula telur dan induk serama ke dalam reban yang nyaris-nyaris dikebas Usin tadi...