Seorang pemuda kaya dan kacak ingin membalas jasa seorang petani yang telah menolongnya dengan mengahwini anak petani tersebut.Yang menjadi masaalahnya petani mempunyai tiga anak gadis yang jelita-jelita,jadi pemuda itu kebingungan untuk membuat pilihan.Dia mengambil keputusan untuk keluar berdua-duan dengan ketiga-tiga gadis tersebut pada hari yang berbeza.
Pada hari pertama dia keluar dengan anak gadis petani yang sulung,sekembalinya dia menyatakan kepada petani tersebut"Anak sulung pakcik mempunyai sedikit kecacatan yang sukar kelihatan ibu jari kirinya lebih kecil berbanding ibu jari kanan."
Pada hari kedua dia keluar dengan gadis kedia dan bila pulang dia menyatakan,"Anak kedua pakcik juga mempunyai sedikit kecacatan yang amat kecil iaitu matanya sedikit juling.
Dan pada hari ketiga si pemuda ini keluar dengan anak gadis yang bungsu.Dia merasa sangat gembira dan telah membuat keputusan"Inilah yang saya cari-cari selama ini,dia benar-benar sempurna!"
Berkahwinlah pemuda itu dengan anak petani yang bungsu dan pada bulan kelapan dia dikurniakan seorang anak.Berdebar-debarlah pemuda saat melihat kelahiran anaknya.
Alangkah kecewanya dia apabila anak yang lahir itu sangat hodoh dan hitam.Dia menemui bapa mertuanya dan bertanya,"Kenapa boleh jadi begini Pak?Anak bapak sangat cantik dan putih dan saya juga amat tampan,tapi kenapa anak kami menjadi sebegitu?"
Petani menjawab"Dia mempunyai cacat kecil yang tidak kelihatan..Dia hamil sebelum kamu berkahwin!"
moralnya,untuk lelaki janganlah memilih wanita berdasarkan paras rupa saja, tengok hati budinya,setakat muka saja cantik tidak memadai,yang penting pengangan agama msti kuat...