Terdapat beberapa perkara yang kita sering lalkukan dan mungkin tanap pengetahuan kita perkara ini boleh menyebabkan rezekit tersekat seperti yang dinyatakan dalam kitab Al barakah fi Fadhl Lis Sayi Wal harakah :
1. tidak sembahyang atau solat 2. tidak membaca Bismillah ketika makan 3. memakan atas pinggan terbalik 4. memakai kasut atau sandal bermula dengan kaki kiri 5.menganggap ringan-ringan tentang apa yang terjatuh dalam makanan 6. mengambil wuduk dalam tempat membuang air kecil mahupun besar 7.suka bersandar pada pintu 8. suka duduk di atas tangga 9.membiasakan mencuci tangan dalam pinggan 10. membasuh tangan dalam bekas tanah atau tepung 11.tidak membersihkan rumah 12. membuang atau menyapu sampah menggunakan kain. 13.suka membersih rumah pada waktu malam 14. suka tidur di atas muka 15. membakar kulit bawang 16. menjahit baju yang sedang dipakai 17. mengelap muka dengan baju 18. berdiri sambil mencekak pinggang 19. tidur tidak memakai baju 20. makan sebelum mandi hadas 21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas solat subuh 22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit 23. lambat pulang dari masjid 24. doakan perkara yang tidak baik pada ibubapa dan anak-anak 25. kebiasaan tidak menutup makanan yang dihidang 26. memadam pelita dengan hembusa nafas 27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup 28. membasuh kaki menggunakan tangan kanan 29. membuang air kecil pada air mengalir 30. memakai seluar sambil berdiri 31. memakai serban sambil duduk 32. mandi junub di tempat membuang air besar atau kecil 33. makan menggunakan dua jari 34. berjalan di antara kambing 35. berjalan di antara dua perempuan 36. suka mempermainkan janggut 37. suka meletakkan jari jemari pada bahagian lutut 38. suka mengigit kuku menggunakan mulut 39. meletakkan tapak tangan pada hidung 40. mendedahkan aurat pada sinaran matahari dan bulan 41. menghadap kiblat semasa membuang air kecil dan besar 42. menguap ketika solat 43. meludah di tempat membuang air kecil atau besar