Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama. Namun Allah memberikannya kaktus dan seekor ulat. Lelaki ini sedih,tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaanya. Kemudian dia berfikir,Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan. Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya. Selepas satu tempoh,lelaki itu memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakan. Lelaki ini terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik. Dan daripada ulat yang terselindung telah bertukar menjadi rama-rama yang sangat cantik.
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul. Cara Allah sentiasa yang terbaik. Walaupun kelihatan semuanya salah. JIka anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah...PERCAYALAH...pasti Allah akan mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. Apa yang anda pinta,tidak semestinya apa yang anda perlukan. Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan anda, teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.
DURI hari ini....adalah BUNGA hari esok.
ALLAH MENGURNIAKAN PILIHAN TERBAIK KEPADA MEREKA YANG MENYERAHKAN KETENTUAN KEPADA-NYA.
Tol tu Lucky..apa jer dugaan yg Allah beri'n pd kt skang adlh utk m'ber'n kesengan pd kt di ms hdpn.Dgn dugaan hdp m'jadi'n kt lbh matang & berani pd cubaan.Mcm org slalu ckp..pengalaman adlh guru t'baik dlm hidup kt.
sume org percaya setiap yg berlaku ada hikmahnya, yang tinggal kesabaran orng tu utk nmpk hikmah yg bakal hadir.. jd byk2 lah brdoa, coz "doa" merupakan harta kita sbg org islam..
Bunga dan Rama-rama errrr nanti hantar lak citer ayam ker ikan laga ker ikan emas ker.... nak gak tau hal diaorang tuh wat per. rose ................. abang rindu nie maner rose nak blanjer makan kat buger king nie. rose kite makan sambil loncat2 best tau.
__________________
DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA. TAK PERCAYA KE ? LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!
sedey plak baca cite ni....kita sll bersedih dng apa yg tjadi kat kita..padahal setiap kejadian tu ada sebabnya....cuma kadang2 bila ati aku sedey ... aku akan menangis...bkn tak puas ati ngan apa yg tjadi...cuma meratapi dng apa yg tjadi....