Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata:
Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :
" Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."
Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya : " Tanyalah apa yang engkau kehendaki ".
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim. Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim.
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya. Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya.
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil. Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia.
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik. Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa disisi Allah. Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah.
Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku. Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna.
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik). Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsini.
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat. Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.
Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa. Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa.
Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya. Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya.
Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat. Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat.
Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku. Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu.
Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia. Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.
Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia. Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri ( tawakkal ) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia.
Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya. Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka.
Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat. Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya.
Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku. Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya.
Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat. Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat.
Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?. Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan.
Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah? Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala ).
Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?. Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.
Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?. Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak di ketahui) dan menghubungkan kasih sayang.
Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?. Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah.
Telah berkata Imam Mustaghfirin:
" aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini....
aper la ko nie munkin ko tak faham aper tuh yang dinamakan resepi?????/ walaupun ko silap post tp aku nak ucap trima kasih coz post nie aku pun bleh baca gak.
__________________
DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA. TAK PERCAYA KE ? LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!