Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: pengajaran


Member

Status: Offline
Posts: 15
Date:
pengajaran



Bacalah kisah di bawah. Sesungguhnya ada pengajaran yang boleh diambil
dan diaplikasi dalam hidup kita. Mungkin bukan setakat pada orang yang
disayangi tetapi juga rakan-rakan,teman-teman dan orang di sekeliling kita.
Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh
megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan
menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa
dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang
mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling
menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:

"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang
bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan
hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan
membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan
kita bersama lebih bahagia ..".
Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya
yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika
pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan
mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat
apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Saya akan
mulai
>dulu ya", kata isteri. lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali
yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat ... Ketika dia mulai membacakan satu
persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia
memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir .. " Maaf, apakah saya harus
berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab suaminya.
Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu
kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan
bahagia, "Sekarang giliran abang membacakan senaraimu". Dengan suara perlahan
suaminya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku
berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah
akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku.
Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."
Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan
Cinta serta isi hati suaminya ... bahawa suaminya menerimanya apa
adanya. Ia menunduk dan menangis ...

>MORAL: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan
sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang
lain?..
Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana
tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ade yang perlu diperbaiki...


wallahualam....



__________________
eeem
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard