Pada suatu hari , Seorang pesakit mental bernama Hassan terlepas dari Hospital Tumpoi.Disebabkan dia ni gila , maka dia pun nak terbang macam burung.Jadi dia pun panjat tiang lampu dan cuba terbang.
Nasib baiklah doktornya menyedari kehilangan Hassan.Jadi dia menghubungi Polis dan ambulans segera setelah diberitahu oleh seorang lelaki tentang keadaan Hassan.Doktor ini segera ke tiang tersebut . Tanpa disedari doktor tersebut,kawan Hassan,Mansor pun mengikut doktor itu sekali.
Apabila samapai,Polis dan Ambulans telah pun tiba.Seorang anggota polis mengacukan pistol dan menyuruh Hassan turun.Tetapi Hassan enggan.Doktor itu pula mengambil pisau dan mengacu kepada Hassan supaya turun tapi tidak dilayan.Akhirnya Mansor membawa gergaji besi dan berkata "Kalau kau tak turun,aku potong tiang besi ini karang .......,",dengan segera Hassan turun dan terus pulang ke hospital.
Semua orang hairan tentang apa yang berlaku.Nak tau apa yang terjadi sebenarnya. Sebenarnya Hassan tahu yang polis dan doktor tadi hanya menipu saja.Mereka tidak akan sanggup membunuhnya. Jadi Hassan pun tidak turun dari tiang.
TETAPI dia tahu yang Mansor tu gila dan orang gila akan buat apa yang dia cakap.Jadi dia pun turunlah!!!
-- Edited by Amirshah at 15:21, 2007-07-20
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????