Peristiwa ini dah lama juga berlaku, dalam tahun 2001 begini, aku ada mengenali seorang gadis bernama Zamrah Mamat, orang Melaka, orang Londang. Aku juga orang Melaka.
Satu hari aku kerumahnya di Londang Melaka untuk berjalan raya. Setiba disana aku bertanya salah seorang penduduk kampung dimana rumahnya Zamrah Mamat. Orang itu pun memberi arah rumah tersebut, tetapi rumah itu tiada penghuni, mungkin keluar. Lalu aku tinggalkan nota "zamrah tunggu abg di tasek air keroh jam 2.00 ptg".
Esoknya aku tunggu ditempat yang aku suruh, hampir 2 jam tunggu dia tak muncul juga, lalu aku kerumahnya semula, alhamdulillah rumah tersebut ada penghuni. Aku memberi salam, dan tuan rumah mempelawa ku masuk dan menghidangkan makanan.
Ketika itu aku tersipu-sipu mana Zamrah ni tak keluar-keluar lagi. Yang ada didepan ku kedua orang tua. Lalu bertanya tuan rumah itu kepada ku, siapa yang letakkan nota di pintu rumahnya, aku dengan tersipu segan campur malu, aku mengaku. Dia bertanya lagi apa perhubungan awak dgn Zamrah. Aku katakan kawan aje....dan dia pun mempelawa lagi...minumlah jangan malu-malu.
Setelah selesai orang tu pun memberi tahu yang bernama Zamrah adalah isterinya dan Mamat adalah namanya. Aku malu teramat sangat, kerana aku tersalah rumah. Nama teman ku ZAMRAH BTE MAMAT rumah yang aku datang ni rumah Zamrah dan Mamat.
__________________
Pasrahkanlah Aku Dengan TakdirMu Sesungguhnya Apa Yang Telah Engkau Takdirkan Adalah Yang Terbaik Buatku Cukuplah Engkau Saja Yang Menjadi Pemeliharaku
pehal la posting zaman batu yang korang bukak nie... malah aku tau cite nie bukan cite si rozaimy tu... die amik dari orang lain... dah banyak kali aku bace.....
rozaimy ni sape mat.... bdk yg mintak sedekah kat depan kedai aku ari tu ke.... haah la kesian dia... ko pun tak nak kasik dia duit...bg la sesen dua... bleh dia buat beli roti ke hape... biarkan je la dia posting topik tu.... sbb zaman batu aku blum lahir lagi.... kesian budak comot tu ko marah2...
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
ko ni pun satu....anto lawak suam2 kuku kaki si GAb... huh... mehhhh...meh...dtg class tmbahan aku... aku wat mess lec tuk ko... huh... nk wat lwak ni kna ade skill.. isnin ni dtg... bwk penggeras skali... nnti leh jd cam si haruan salim buncit.... aku yg popularkan dia...
__________________
aku kembali...setelah lama menghilang....kemunculanku pasti di nanti2....