Hari ini merokok di kalangan lelaki mahupun wanita dilihat seakan satu trend untuk seseorang itu kelihatan hebat di mata orang lain. Bagi anak-anak lelaki, merokok lambang seorang yang telah dewasa. Selain terpengaruh dengan rakan sebaya dan orang tua sendiri, tiadanya kawalan ketat juga menjadi faktor penyumbang mengapa budaya merokok amat berleluasa.
Amaran oleh kerajaan Malaysia, merokok membahayakan kesihatan jelas tertera di setiap kotak rokok namun bagi penagih rokok, semahal mana pun harganya, mereka akan tetap membelinya.
Tahukah anda, setiap hembusan asap rokok mengandungi 4000 bahan kimia termasuk Aceton (penanggal cat), Toluidine (pelarut industri), Ammonia (pencuci lantai), Methanol (bahan api roket), Napthalene (ubat gegat), DDT (ubat pembunuh serangga), Butane (minyak lighter), Hyrogen cyanide (gas yang digunakan untuk hukuman bunuh).
200 bahan terdiri daripada toksik dan 63 lagi boleh menyebabkan penyakit kanser dan jantung. Kandungan utama sebatang rokok terdiri daripada nikotin, karbon monoksida (gas beracun) dan tar (bahan karinogen). Ketiga-tiga bahan ini adalah kandungan paling berbahaya dan mengakibatkan ketagihan yang boleh membawa maut.
Di Malaysia, 50 peratus lelaki dewasa adalah perokok, malah separuh dari perokok hari ini akan maut sebelum usia tua, akibat tabiat merokok. Mungkin bagi para suami tidak menyedari hembusan asap rokok itu sebenarnya boleh membunuh janin di dalam kandungan. Bagi ibu-ibu yang mengandung pula, nikotin akan menimbulkan kontraksi pada pembuluh darah, akibatnya aliran darah ke janin melalui tali pusat janin akan berkurangan sehingga mengurangi kemampuan pengeluaran zat makanan yang diperlukan oleh janin. Tahukah juga anda bahawa satu daripada dua perokok akan mati lebih awal. Ini disebabkan oleh penyakit yang berkait dengan merokok. Statistik menunjukkan amalan merokok membunuh hampir 5000 rakyat di Malaysia setiap tahun.
¦ Rokok bukan memberi kenikmatan sebaliknya amalan ini akan menyebabkan gangguan kesihatan dan kematian lebih awal.
¦ Bukan itu saja amalan merokok menyebabkan 25 peratus penyakit koronari jantung, 75 peratus penyakit saluran pernafasan kronik dan 90 peratus yang berkaitan dengan barah paru-paru.
¦ Hampir 25 peratus daripada perokok aktif meninggal dunia akibat diserang penyakit yang berkaitan dengan merokok.
¦ Tabiat merokok boleh menggandakan risiko kematian akibat serangan jantung terutama di usia muda.
¦ Dengan menghisap rokok lebih 20 batang sehari, anda berisiko 10 hingga 15 kali ganda risiko maut akibat serangan jantung berbanding dengan orang yang tidak merokok.
¦ 85 peratus remaja yang merokok akan menjadi penagih rokok kemudiannya.
¦ Daripada 8.3 juta kanak-kanak Malaysia, dianggarkan hampir 20 peratus daripada mereka akan merokok apabila dewasa kelak. Manakala sekurang-kurangnya 425,000 orang daripada mereka akan menemui maut akibat diserang oleh penyakit yang berkaitan dengan merokok.
¦ Mereka yang tidak merokok lebih mudah terdedah kepada asap yang mengandungi nikotin dan karbon monoksida berbanding perokok itu sendiri.
¦ Perlu anda ketahui, kematian secara mengejut merupakan risiko pertama pesakit jantung mati akibat rokok. Dengan merokok , seseorang itu telah menawarkan dirinya untuk mendapat penyakit seperti sakit jantung, penyakit saluran pernafasan, kanser paru-paru dan kanser mulut.
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
bener...bener... aku sokong pernyataan ko ni... merokok memang membahayakan kesihatan dan jugak poket...
oleh yang demikian, aku mengambil inisiatif untuk berenti beli rokok...
Gab... bak rokok sebatang.... aku dah tak beli dah rokok ni... aku mintak kat ko je la... lagi pun ko tak elok merokok banyak2 ni... nanti kene diabetes...
Amaran oleh kerajaan Malaysia, merokok membahayakan kesihatan jelas tertera di setiap kotak rokok namun bagi penagih rokok, semahal mana pun harganya, mereka akan tetap membelinya.
kenapa kerajaan tak mengharamkan terus je rokok ni macam ganja??aku bukan taknak berhenti merokok,tapi aku kesian kat pekerja kat ladang tembakau tu..kalau semua berhenti merokok,dorang semua nak kerja apa??macamane plak dorang nak menyara keluarga dorang kalau takde pekerjaan??so..niat aku merokok ni bukanlah sekadar saja-saja je..cuma yang dapat aku ungkapkan hanyalah untuk menolong pekerja ladang tembakau tu untuk mencari sesuap nasi..sebutir tembakau tu ibarat setitik peluh dorang..so janganlah membazir hisap rokok setengah je..hisaplah sampai habis..renung-renungkan dan selamat beramal..
__________________
hidup ini umpama roda,ia dihiasi dengan impian..maka terjadilah roda impian..
ya ak setuju dgn cik jubin tu....lgi pun kn kerajaan ckp kurang kn rokok..jdi marilah kita menyahut seruan kerajaan untuk mengurang kan rokok dari kotak nya..uhu..