Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 13 MEI 1969


Super Member

Status: Offline
Posts: 650
Date:
13 MEI 1969


Melayu sudah jatuh. Kuala Lumpur sekarang Cina punya. Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu .
Penyapu-penyapu besar pada lori diikat: Simbol untuk menghalau orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur.


13 Mei 2007 ini genap 38 tahun peristiwa berdarah yang meninggalkan pelbagai memori membabitkan kerapuhan hubungan kaum di Tanah Melayu (kemudiannya Malaysia) ketika itu. Peristiwa yang menyaksikan bagaimana hubungan dua kaum terbesar di Malaysia itu tegang disebabkan mainan sentimen perkauman.

Peristiwa Pilihanraya Umum 1969 yang mana memperlihatkan tindak-tanduk menderhaka politikus haloba yang senang memainkan sentimen sensitif kerana dirasuk oleh semangat cintakan kuasa yang mana akhirnya terus-menerus membakar semangat perkauman hingga mendorong kepada terjadinya perbalahan kaum.


Sebenarnya semangat perkauman ini wujud akibat daripada pelbagai faktor. Antara faktor penyumbangnya adalah kedatangan Jepun di Tanah Melayu selain kesan daripada amalan sistem pentadbiran yang digunapakai oleh penjajah Inggeris terutamanya amalan-amalan diskriminasi yang secara langsung ataupun tidak berperanan merenggangkan hubungan antara kaum di Tanah Melayu ketika itu.


Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina misalnya, telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang- Melayu dengan orang Cina.


Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan kaum merupakan suatu faktor yang telah dikenalpasti sebelum ini sebagai penyebab yang membawa kepada peristiwa 13 Mei. Rasa kurang senang ekoran daripada ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum telah menimbulkan pelbagai tanggapan salah dan perasaan irihati yang berterusan di kalangan masyarakat.


Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Contohnya, orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat. Sementara orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.


Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera, khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosioekonomi mereka tidak seimbang. Suasana seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas.


Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu  sebagai bahasa rasmi negara.


Merangkumkan kesemua formula ini menjadikannya satu senjata pemusnah yang hebat. Menerusi kemenangan sedikit itu jugalah memperlihatkan suatu tindakan megah yang melampaui batasan seakan dihalalkan. Lantaran berasakan yang mereka sudah menang dan dapat menewaskan orang-orang Melayu, mereka dengan angkuh mengeluarkan kata-kata yang menghina.


Menelusuri rentetan peristiwa pahit ini, apa yang dapat disimpulkan adalah ia bukan sahaja mempamerkan sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan; sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negara dan bangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial serta ekonomi. Andai kata petanda-petanda yang diperoleh itu gagal dimanfaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.


Sesungguhnya menerusi sejarah kita belajar melihat kesan dan akibat sesuatu perbuatan dan keputusan. Menerusi sejarah juga seharusnya kita menelusi makna ukhwah dan keharmonian yang hakiki.



__________________

DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA.
TAK PERCAYA KE ?
LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!

ZUl


Super Member

Status: Offline
Posts: 1414
Date:

aku memang prihatin kat kau abg king....
bestlah citer kau.....
oh bestnya.....
dia citer pasal aper haaa....?
huhuhuhu

__________________

Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU


Super Member

Status: Offline
Posts: 650
Date:

dia citer pasal 130 mei ler... errrr zul aku mintak maaf la aku tak der bahan bacaan untuk orang buta cam ko ler maap ek

__________________

DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA.
TAK PERCAYA KE ?
LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1849
Date:

13 mei??
owhhhh hepi besday kt mak aku tuh..
sekian, mekaceh..

__________________
kalau kaktus itu aku..ku bilang kalau..
ZUl


Super Member

Status: Offline
Posts: 1414
Date:

ermmm
aku pun nak ucp SELAMAT HARI LAHIR UNTUK
MAK KAKTUSBULU....

SeLamat HaRi LaHiR

anak dia bila lak...?


__________________

Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU


Super Member

Status: Offline
Posts: 1257
Date:

Korang ni memalukan sungguh la..nama je anak Malaysia tanah tumpah darah tapi peristiwa2 penting mcm ni pon korang x berminat nak ambk tau..

Si abg King Kong ni kira baik la sbb sanggup keluar dr hutan banat semata2 nak cari artikel benda2 bersejarah mcm ni bagi kita baca. At least hargailah sikit bai...

Abg King saya dah bace dah story kat atas tu sampek abis dah saya terharu sungguh dgn perjuangan Datuk ct nurhaliza dgn Datin Khalid Jiwa tu..Walaupon byk yg menentang hubungan suci mereka termasuklah saya tapi akhirnya jodoh mereka sampai jugak kan? kan? kan?

Errrr ni kita tgh diskas citer pasal perkahwinan Ct kan ni?..Ngeeee

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 1439
Date:

erm si rose ni pun 2kali 5 gak ke...

lain kali hargai sikit ape yg orng ckp...bnyak kesalahan abg king kite ckp tadi ni aku nak betulkan...

bukan 13 mei kite merdeka tapi 31 aug....

__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..



Super Member

Status: Offline
Posts: 1257
Date:

Ko ni ibarat ketam batu nak ajar anak sutun kurita bersenam la Bob..

Salah tu! Salah!

13 mei memang bukan, 31 aug pon bukan tapi date sebenarnya adalah 15 januari yakni tarikh nikah aku...Haa, ni kompem betul.

__________________

ZUl


Super Member

Status: Offline
Posts: 1414
Date:

Rose kau nikah 8 December laaa ....
15 january tu tarikh kau kawen....
ingat x kau cuti seminggu masa mula² kawen dulu....
buat² lupo pulak....


__________________

Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard