Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: buatan orang... percaya x?


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 60
Date:
buatan orang... percaya x?


Ada seorang gadis tinggal kat kampung Sungai Ara kat Bayan Lepas..dia tinggal dengan mak nyer sajer.... keluarga lain tak der..tak tau ler pasal aper...budak perempuan nie lak... boleh lar dikatakan cantik gak... suma budak2 kampung tu try nak tackle dia....tapi dia tak layan..sebab dia dah ader boyfriend satu tempat keje... Pastu ader ler satu mamat India nie kat kampung tu dia syok giler kat minah nie.. sampai satu hari tuh dia cakap walau apa pun terjadi...dia tetap nak kat minah nie...

Satu hari mamat nie (dia jual kuih ngan goreng pisang kat simpang kampung tuh) tunggu ler minah nie balik keje... ( budak nie keje kat satu kilang electronik kat Bayan lepas). Bila dia nampak minah nie balik dia tahan ler minah tu...pastu dia bagik kuih karipap ngan goreng pisang kat minah tu...mula2 minah tu tak ndak..tapi last2 dia amik gak..pasal ader ramai org tengok mamat tuh merayu2 kat dia...dia pun naik segan... bila balik rumah...minah tu pun makan ler karipap yang mamat tu bagiks..bila abis jer dia makan tiba2 dia rasa sakit perut... sakit giler...berguling2 minah tuh atas lantai...Agak agak sakit nya dah reda dia pun turun tangga ...dengan suara terketar ketar ... dia cakap kat mak dia "Mak...sakit perut....." kata minah tuh dengan muka yang agak pucat....Mak dia pun jawap mak dia cakap nak tau apa mak dia cakap??? "Orang sakit perut, tak boleh makan maggie......" bila dia dengar mak dia cakap macam tuh cepat2 minah tuh jawap balik.."Dah baik makkkk"

Salah Rendam

Seorang pemuda yang akan berkahwin telah mengunjungi bapa saudaranya yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk memperolehi sedikit petua.

Pemuda : Pakcik, saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia. Apakah nasihat pakcik untuk saya menghadapai malam pertama?
Pakcik : Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki. Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang pasti tidak akan dilupakan oleh isteri kamu.
Pemuda : Bagaimana caranya?
Pakcik : Begini, kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isteri kamu menjerit sepanjang malam pertama. Caranya sangat mudah.
Pemuda : Bagaimana?
Pakcik : Begini.. kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehingga malam pertama.
Pemuda : Kalau begini mudah, sudah pasti saya akan menjadi hero nanti... Pemuda tersebut balik kerumah dan melakukan apa yang disuruh oleh pakciknya. Setiap malam dia merendam alat kelaminnya dalam segelas air teh. Pada malam pertamanya, pakciknya juga berada dirumahnya. Tiba-tiba isterinya menjerit kuat.

Pakciknya mula terfikir akan kehebatan petua yang diberinya. Pintu bilik terbuka dan pemuda tersebut keluar dari biliknya dengan muka yang sedih sambil menghampiri pakciknya
Pakcik : Kenapa begitu cepat?
Pemuda : Saya punya memang panjang tapi kenapa hanya sebesar pensil? Pakcik : Kamu sudah mengikut petua yang pakcik beri?
Pemuda : Sudah. Setiap malam saya merendam saya punya dalam segelas teh.
Pakcik : Teh apa?
Pemuda : Mustika Ratu - Slimming Tea..   hehe =)

Buah Durian
============ ========= ========= ========= =======

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia
menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli
tempatan...

Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"

Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia
tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba
menawarinya. .

Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?

Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?

Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan. . lalu bertanya pada Samdol..

Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"

Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

Pukul Berapa Buka?

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.

"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.

"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.

"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.

"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?".

"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"


Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap cibai kat depan orang tua-tua.

Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesel L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)

 



__________________
fred_fretie


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

Pemuda : Mustika Ratu - Slimming Tea.. hehe =)

wakakakakkaka ..x bley tahan ...

__________________

ImPoSiBle Is NoTHinG



Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:

Lahupa.. sepopit.. Hahahahahaah!

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

huahuahuahua......huehuehuehue....hikhikhik....gelak gak lah....sbb smua aku dah tau......

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 804
Date:

hahahahaha...dah baca smua dah...dah x lawak dah....boring adela...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2028
Date:

ape kebendanye lahupa tu> spentot aku tau le...

__________________

nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee

 

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard