Beberapa hari yang lalu, saya sedang menunggu kereta saya untuk disiapkan di workshop berdekatan, apabila seorang gadis singgah dan bertanyakan sebuah tujuh-ratus- sepuloh (710).
Kami berpandangan sesama sendiri, dan seorang pelanggan bertanyakan, "Apa benda tujuh-ratus- sepuloh tu?"
Gadis itu mejawab " Awak tahu kan, benda kecil di bahagian tengah injin, saya telah kehilangannya dan memerlukan yang baru." Gadis itu menambah bahwa dia tidak berapa tahu benda itu, tapi benda itu ada di situ setiap masa.
Mekanik kami memberikan dia kertas dan pen dan meminta gadis tersebut melakarkan bagaimana rupa benda itu. Gadis itu melukis satu bulatan dan di tengahnya bertulis 710. Mekanik kami masih ragu-ragu.
Dia kemudiannya membawa gadis tersebut ke kereta lain yang 'hood'nya memang terbuka keatas, dan terpampang lah bahagian injin kereta itu yang masih belum siap diservis.
Dia bertanyakan pada gadis itu "adakah benda 710 itu di kereta ini?".
Gadis itu menuding dan berkata,"Sudah tentu lah, itu dia benda nya...."
ko silap ni chek am... ni bukan pasal cerita gadis ni ni.... ni cerita pasal ke'dumb'an gab tunyuk semasa beliau duduk kat sulawesi barat dulu...
ceritanya sama dengan cerita telur tembelang tu
Apa ker bengap sgt budak Gab tu hah? Mmg la ini cirita dia.. ingatkan nak rahsia identiti dia... alang2 ngko dah pecahkan pekung di dada dia.... elokla kita gembar gemburkan terus kemekaran dada dia tu...
Waktu dia gi workshop tu..mmg dia pakai mini skirt jer... Nak mengaburi mata musuh katanya...