Katalah kita ni polis,sedang duduk dalam kereta peronda kita sambil minum kopi.Tiba-tiba radio kereta kita berbunyi,mengatakan ada dua kes yang meminta kita menangani salah satu darinya.Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri.
Kes pertama di kampung hulu,seorang lelaki ditangkap kerana mencuri duit seringgit.Kes kedua di kampung hilir,seorang lelaki warga asing mencuri duit 20,000 ringgit. Kes mana yang kita kejarkan dulu???
Agaknya tentulah kita akan segera berkejar ke kampung hilir dulu,betul tak?Apala sangatlah dengan duit seringgit.Takkan itu pun nak report polis.Tapi bagaimana jika selepas itu kita tahu hakikatnya begini :
Kes pertama, duit seringgti itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itulah saja yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan.
Sedangkan dalam kes kedua,duit 20,000 itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tidak pernah mengeluarkan zakat.
Tiba-tiba kita tersedar antara prinsip dan penilaian pertama...Kalau mengikut prinsip tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit..Tetapi sebab hidup kita ini telah terbiasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran maka minda kita sering tertipu...
hmmm... bagus idea yang diutarakan ini.... amat bermushauwarah jugak perbincangannya...
Namun sebagai umat islam, kita kena percaya pada qada' dan qadar Allah... anak yatim tu kalau diberikan pengajaran yang secukupnya, dia pasti redha sebab dia percaya rezeki Allah tetap ada...
Begitu juga dengan si kaya yang bakhil itu, tetapi orang yang bakhil selalu saja terlupa akan pengajaran agama kita....
Namun ia juga tetap menjadi kesilapan pada polis tu, kerana mengabaikan aspek keselamatan penduduk sekeliling....