Orang yang hilang tidak jumpa petunjuk. Betapa cepat lupa langkah yang sebelum yang telah diambil-sedang ia menyesatkan.
Betapa mudah mengeluarkan airmata dan mohon maaf. Betapa mudah pula selepas itu mengkafirkan diri- nafikan murka Allah yang bakal diterima.
Hati sudah hitam. Cahaya hanya sekadar dapat berlegar. Tidak cukup untuk menerangi semula.
Aku tidak tahu kesudahan kepada penyesalan palsu yang aku reka sendiri.
Menulis, Bukan semata untuk diterjemah kepada orang lain. Bukan semata penulisan yang diharap menyentuh hati yang lain. Bukan semata menyatakan luahan yang terpendam lalu tercabut akarnya, semua dipertontonkan.
Lalu apa yang tinggal daki dan benih kotor yang sebenar belum lagi berhasil dibuang.
Hati masih lagi kotor tapi hati masih lagi mahu jadi bersih. Tapi hati masih lagi rapuh, sejenak dinaungi cahaya sejenak hati berbias-bias, terang sedikit tapi sekejap.
Sejenak dihurungi kabus maksiat berterusan pula keinginan kotor menyuruh otak berfikir. Kaki bergerak, tangan pun sama, maksiat terzahir.
Sejenak pula dirundung rasa rasa insaf, sejenak kembali kafir semula.
Hati mudah ikut cabang, ikut jalan yang tidak keruan. Hati sedar jalan itu salah, tapi hati juga yang mendesak pergi. Nanti benda bodoh akan berulang, kafir,insaf berulang kali.
Entah giliran apa yang bakal tiba tika aku berdampingan dengan kematian kelak. Kafir dan mati atau insaf dan mati?
Aku suka menulis, aku sedih aku menulis, aku melukis. Aku bersemangat juga aku menulis. Sekarang mungkin aku menulis dalam keadaan insaf palsu lagi. Oh Allah bencinya aku keadaan ini
Lepas ini entah apa pula maksiat yang nafsu suruh buat. Badan dan tangan tak melawan. Otak pula, ia yang lebih genius fikirkan cara buat maksiat.
Hati aku tidak kuat, hati aku lemah dan longlai. Aku Islam pagi, aku juga kafir di petang.
Aku dah tak bermaya, aku hampir tewas, aku mesti bangun. Sebelum aku terus tutup mata, akhiri bicara, tiada lagi pena bergerak. Aku mesti berusaha.
Menulis adalah cermin, apa dalam hati maka aku pantulkan. Tapi hati juga membias. Tulisanku indah dibaca, tapi hati aku kotor juga. Semua kerana hati bijak membias.
Hati aku pandai berbahasa, perdaya diri perdaya sesiapa. Juga hati aku keji dengan Allah, hati aku, diri aku banyak menipu.
Tangan boleh menulis, boleh terus menulis. Tapi hati tidak tentu lagi dapat diubah oleh tangan yang menulis. Maka dari hatilah segala itu perlu datang. Menulis dengan hati yang bersih, suci dan bercahaya.
~moga hatiku lurus ke arah Allah, tiada cabang
(sori kalo ade yg da posto kn post ni.. kalo da d post kn, tulun delete kn blh?)
(sori kalo ade yg da posto kn post ni.. kalo da d post kn, tulun delete kn blh?) ------------------------------------------------------------------------------------------------- arghhhhh..harus ke ade ayat ni kt semua posting ko burung antu??? arghhh...aku marah..aku marah...aku klu dah marah mula la rase nak pekena kopok sagu panas2..
gab mane gab??, kate ku sambil melibas2 parang...(aku tgh menebas rumput kt blkg umah la...kan x lame lg nk raya..ape la korang nih..)
sori la kaktubulu dade bnyk.. aku takut abg Rie naik Angin kus2 bile post lame di post kn balik.. tula aku tulis ayt (sori kalo ade yg da posto kn post ni.. kalo da d post kn, tulun delete kn blh?) tu...
Tp kan klu xsilap aku si Matematik dh ajor..klu klik kt search..taip tjk ko nk post kot2 dh ade..kang ada yg muntah bc ayt ko y sm jer tetiap hr..btl lak posa..