Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a. beliau mengatakan bahawa Rasulullah saw telah bersabda," bertapa ramai daripada kalangan orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan bertapa ramai yang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatmya kecuali berjaga malam."
Keterangan
1. Yang dimaksudkan dalam hadith diatas adalah orang yang berpuasa sepanjang hari tetapi berbuka dengan sumber harta yang haram. Sebanyak mana dia telah mendapat pahala dari puasanya, dosa yang didapati kerana memakan makanan yang haram lebih besar daripada pahala yang diperolehnya daripada puasa. Oleh itu dia tidak mendapat apa-apa selain berlapar sepanjang hari.
2. Seseorang yang berpuasa tetapi sentiasa terlibat dengan perbuatan mengumpat
3. Seseorang yang tidak menjaga dirinya daripada dosa dan sebagainya semasa berpuasa.
Sabdaan nabi adalah jami'(lafazan sedikat tetapi membawa maksud yang luas). Semua pandapat dan perkara di atas serta sabdaan-sabdaan Baginda lain termasuk dalam maksud tersebut. Demikian juga dengan berjaga malam. Sepanjang malam berjaga beribadat tetapi untuk bersuka-suka talah mengumpat sedikit atau melakukan juga apa-apa perbuatan yang bodoh yang lain sehingga semua pahala berjaga malam untuk beribadat itu menjadi sia-sia. Contohnya membiarkan subuh berlalu sehingga terpaksa diqada ataupun berjaga semata-mata kerana riak dan kemasyuran maka itu sememangnya sia-sia