Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: RM 20/sejam


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:
RM 20/sejam


RM20/ Sejam

Seorang bapa pulang ke rumah dalam
keadaan letih disambut baik oleh
anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil
mengangkat briefcase ayahnya, si
anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya
satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah
sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa
sibuk-sibuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah...
Tolonglah beritahu berapa
pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak
tahu?
Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin
pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan
berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak
buat apa dengan duit tu?
Mintak sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-
penat kerja cari duit, kamu
senang-senang nak membazir ya.. Sudah,
pergi masuk bilik.. tidur!
Dah pukul berapa nih...!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan
dia kembali ke biliknya. Si
ayah duduk di sofa sambil memikirkan
mengapa anaknya yang sekecil
itu meminta duit sampai 10 ringgit.
Kira-kira 2 jam kemudian, ayah
kembali

tenang dan terfikir kemungkinan besar
anaknya benar-benar memerlukan

duit untuk keperluan di sekolah kerana
anaknya tak pernah meminta
wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah
melangkah menuju ke bilik
anaknya.Didapati anaknya masih belum
tidur. "Kamu benar-benar
perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni"
Si ayah mengeluarkan sekeping
duit kaler merah. Si anak itu segera
bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah
ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan
mengeluarkan sekeping nota 10
ringgit yang sudah renyuk terhim pit
oleh bantal.
Bila ternampak duit itu, si
ayah kembali berang. "Kenapa kamu
mintak duit lagi sedangkan kamu
dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari
mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung
ayahnya.
Sambil menggenggam
kemas duit itu, dia
menerangkan....."Duit ni Amin kumpul
dari
belanja sekolah yang ayah bagi hari-
hari. Amin minta lagi 10 ringgit

kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??"
Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20
ringgit..
Nah..ayah ambil duit
ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah
di pejabat tu. Amin nak ayah
balik kerja awal esok. Amin rindu nak
makan malam dengan ayah.."
Jelas Amin tanpa memandang wajah
ayahnya...

Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg
anda suka tapi..yang penting
sekali, kongsilah masa sebanyak 20
ringgit itu
bersama2 dgn insan yang
anda sayangi. Ini hanyalah setitis
peringatan kepada sesiapa yang
bekerja keras sepanjang hidupnya..yang
bakal kerja sok lusa... atau
sesiapa saja yang selalu sibuk...
Jangan biarkan masa berlalu begitu
sahaja tanpa dinikmati bersama2
dengan mereka2 yang begitu rapat
dengan kita..yang sentiasa berada
di hati kita..

Bayangkan...bila dah kerja
nanti...kalau kita mati..pihak
syarikat
akan senang2 cari orang
lain..gantikan kita.
Tapi..keluarga, rakan2 yang
kita tinggalkan kat dunia ni pasti
akan berasa suatu kehilangan
sepanjang hidup
mereka...Fikirlah...selama ni...apa
yang kita dah
buat untuk keluarga kita?.. untuk
insan yang kita sayang??


source:bulletin friendster

__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 804
Date:

wah! best la citer kau ni,elok sgt ko pos citer ni bg sesiapa yg gle keje..igt anak bini kat umah hehehe...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard