Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:
"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya. "Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.
Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.
Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.
Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:
Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik.."
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu?
Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.
Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM20.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?
Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.
Moralnya....
Insafnya kita terlalu banyak dikelilingi kesedapan dan nikmat.tapi kita tak sedar.
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
huhu, betapa besarnya nikmat yang telah diberikan kepada lin sekeluarga berbanding dengan citer amirshah ini, hua.. hua... nak jumpa juga mak cik tu, leh bagi alamat tak amirshah? hehe
Mn ko jmpa org tue Amirshah..syahdu'yer dgr..slalu aku bln posa ler sk membazir lbh2..beli mcm2 kt bazar tp bl ms bk posa semua dh x selera nk mkn..insaf aku bc kisah diaorg..rmai lg manusia y x b'nasib baik lbh dr kita...
Program BERSAMAMU x sampai kat situ ke. Upah 20 ringgit x cukup ke. Abg dia yg sulung umo berapa. Hari2 mkn ikan press lg bagus, badan jd sihat dn kuat. mcm harimau. Tp harimau yg kat utan la, bukan harimau abg king tu.
ader la jugak kesenduan dalam ati kecik haku nih....!! tapi semiskin2 famili derang nih, lagi miskin jehan miskin.... adapun jehan miskin takkan penah menjadi jehan kaya kerne namanya adalah miskin.... sampai kiamat ler jehan itu akan miskin.... walaupun hakikatnya dia berduit...!!! eheh...!! betul kan? kan? kan?
sesedey citer nih sedey lagi haku nih...!!! haku bukak pose lam krete jer ari nih...!!! sian haku....!!! woooo........ woooo........!!!
asya bukan la mewah sgt..bukan la miskin sgt..tp bila baca cerita2 mcm ni,sebak plak.. kita ni dah cukup untung dapat serba serbi...klau x mewah pun,de gak mknn yg dapat alas kaki,eyh..perut..
mane ar elliza ni,masih repair BMW ke..?? ckp nak bawa aku mkn pizza,ciss...pe kelas..opss..
erm...mmg tersentuh hati dgr cite nie...tp yg peliknye manusia skrng nie dh senang xkenal erti bersyukur...apa nk jdlah...ha...sempena bulan baik nie pe kate korg wat amal..bersedekah...xkn t.up rm10 setiap ari boleh nk bsedekah berkira...tp seelok2nya bg aq lah biarlah bsedekah dari ati yang tulus ikhlas...
erm...mmg tersentuh hati dgr cite nie...tp yg peliknye manusia skrng nie dh senang xkenal erti bersyukur...apa nk jdlah...ha...sempena bulan baik nie pe kate korg wat amal..bersedekah...xkn t.up rm10 setiap ari boleh nk bsedekah berkira...tp seelok2nya bg aq lah biarlah bsedekah dari ati yang tulus ikhlas
TRUE TRUE kot yer pun tersentuh, x yah r nk posting 2 kali. tp x pe, sebab x lama lg dh nk bukak posa aku buat2 x perasan je la. Nape la bos aku ni rajin sgt dtg opis.
benerrr..benerrr.. aku pon x prasan ade posting 2x tu.. benerrr..aku x prasan pon..caya la..caya la..
ellyzabmx..bak mai no tipon bos ko..aku nk wat date utk bos aku nih..bio dorang g meeting ke..dating ke..asal ting2 bunyik nye pon ok dah..kalau buleh g outstesen smpai berbulan2 lg molek.. aku nk online pon slmt..