Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sebenarnya Keadaan Kita Ini Apa Ya?


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Sebenarnya Keadaan Kita Ini Apa Ya?


Sebenarnya aku ini mengapa ya?
Sering sangat berubah laku dengan tidak menentu
Kadang ketawa penuh berlagu hingga melebihi
jangkauan batasan kelucuan
Dan tiba-tiba sahaja berarak mendung di wajah kelabu
Menjadi diri sendiri tidak mengerti
Bencana apakah yang telah menimpa diri?
Sebenarnya kau ini, kenapa ya?
Sering sekali mengganggu
ruangan hati yang sempit
Dengan permainan di sebalik warna tinta
Tanpa ada sebarang perutusan perkhabaran berita
Sekadar namaku tertera pada penulisanmu
Terlalu sukar untuk aku memahami
Kelakuan dalam bicara penamu itu terlalu abstrak
Terasa sungguh menyulitkan keadaan hati!

Sebenarnya keadaan kita ini apa ya?
Sering sahaja bersikap begitu dan begini
Sesama kita seperti tidak mahu menghuraikan
Suatu tafsiran dari kitab hati untuk diterjemahkan
Menjadi satu baris ayat yang panjang
Tetapi terfikirkah kita
Betapa lama waktu dan musim kita persiakan
Sampai bilakah kita harus meneruskan sandiwara
Di pentas kepura-puraan berpanjangan
Tanpa ada titik permulaan
Tanpa ada nokhtah pengakhir kisah!



__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

kita sebenar nya manusia..
manusia biasa yang mempunyai perasaan..
yang kadang kala dilanda gembira,
namun kadang kala diselubungi duka..

kita sebenarnya manusia..
yang dilengkapi dengan hormon..
yang kerap mengubah perasaan dan perilaku..
terutamanya kaum wanita..

kita sebenarnya manusia..
yang sentiasa disajikan dengan cabaran dan anugerah..
yg nenyebabkan senyuman terukir.
mahupun keluhan tercipta..

kita sebenarnya manusia..
yang diperintah untuk menyembah Allah yg satu..
kerna nikmat yang diterima..
juga sebagai perisai bg cabaran yang mendtg...

p/s: kalo x best jgn marah...biggrin

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 2028
Date:

bez22...besh sgt..mcm rasa durian..

sebenarnya aku ini mengapa ya??
sedarlah bahawa aku ini mempunyai emosi
aku, hambaNYA
Sebenarnya kau ini, kenapa ya?
sedarlah bahawa dia juga beremosi
dia juga hambaNYA
Sebenarnya keadaan kita ini apa ya?
sedarlah bahawa kita semua adalah hambaNYA
dari itu..insaflah, sedarlah, taqwalah, berserahlah kepadaNYA.

bez tak??

__________________

nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 1849
Date:

bes..bes..cam beskal...

aku ni mengapa ya?
ko lak mengapa ya?
ya..ya..aku pon xtau..
kalau yo..yo..yg mcm hip hop tu aku tau la
yo..yo..anak la ayam..yo..yo..


**jahanam..jahanam..

__________________
kalau kaktus itu aku..ku bilang kalau..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

ada pon yoyo itu adalah permainan gayahtri satu ketika dulu. gayahtri jugak pernah menangis berguling2 dan jugak menghempas2kan badannya ke lantai supermarket maiden akibat tidak mendapat yoyo yg setimpalnya....

manakala di pilipina yoyo merupakan sejenis senjata ntuk membunuh dan mencederakan pihak lawan, tak kira la lawan tu jahat ke baik atau beriman... tapi kalau dah berwrestling tu pastinya akan merasai yoyo..... dan barangsapa yg kena mustinya meng'adoih' kesakitan...

yo...yo hip hop lak.... errr.... er......er.... ya a auw..... ya a auw...!!! cenggitu ler kut..!!

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard