Peristiwa ni dah lama berlaku,aku mengenali seorang gadis bernama Zamrah Mamat, orang Melaka,asal Londang.Aku juga orang Melaka.
Satu hari aku ke rumahnya di Londang Melaka untuk berjalan raya.Setiba di sana aku bertanya kepada salah seorang penduduk kampung di mana rumahnya Zamrah Mamat.Orang itu pun memberi arah ke rumah tersebut, tapi rumah itu tiada penghuni,mungkin keluar.Lalu aku tinggalkan nota " Zamrah, abang tunggu di Tasik Ayer Keroh petang esok, jam 2 petang."
Esoknya aku tunggu di tempat yang aku suruh,hampir 2 jam aku menunggu Zamrah tak juga muncul-muncul.Lalu aku mengambil keputusan ke rumahnya semula.Alhamdulillah rumah itu ada penghuni.Tuan rumah menjemput aku masuk dan menghidangkan makanan.
Ketika aku tersipu-sipu mana Zamrah ni tak keluar lagi.Yang ada di depanku kedua orang tua.Lalu bertanya tuan rumah itu padaku,siapa yang meletakkan nota di hadapan pintu rumahnya.Aku dengan tersipu bercampur malu terpaksa jua mengaku. Dia bertanya lagi apa hubungan awak dengan Zamrah.Aku katakan kawan aje..dia pun mempelawa lagi..minumlah jangan malu-malu.
Setelah selesai orang tua itu memberitahu,Zamrah adalah nama isterinya dan dia bernama Mamat.Aku malu yang teramat sangat kerana aku telah tersalah rumah.Nama temanku ZAMRAH BINTI MAMAT dan rumah yang aku datang ni pasangannya tuan rumahnya bernama ZAMRAH & MAMAT.
bile...bile aku copy...aku photostat jer tau...kadang2 tu aku salin...mane ade copy... malah minum kopi tu adalah kenagan pahit aku...kenangan manis, minum air sirap...
tapi, kalo aku kaye ckit, aku jadikan melo sebagai kenangan manis...
Sungguh bankrap mamat seko ni sjk pertengahan ry..xmain ler air melo ( ko mmpu ke nk byr rega segelas )..baik ko g sedut air tea tarik kt sg klang nun..