Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Asal Usul Kejadian Adam A.S.(


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Asal Usul Kejadian Adam A.S.(


Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu
tahu
 tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita
tahu
 akan tanahnya itu? Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu? Mari
kita
 baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui
 tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama.

 Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

 (Al-A'ssr) "Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah dari bumi
untuk
 menjadikan nabi Adam A.S (Abul Basyar/Bapa segala manusia)".

 Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya
turun
 ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan
 tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan
tanahnya
 diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan
 kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah
memberitahu
 bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar
sumpah
 bumi.

 Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih
sama lalu
 Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak
 berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.

 Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
"Hai
 Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun
bumi
 bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
 kerjamu atas perintah dan atas namaKu. "Apabila Izrail turun ke bumi
dan
 menyampaikan perintah Allah kepada bumi,maka akhirnya bumi
mengizinkan
 tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis
tanah,kembalilah
 ia ke hadrat Allah.

 Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan
mengambil
 tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau
mencabut
 roh manusia."

 Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.
Lalu
 Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku
yang
 mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya
 terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

 Jenis tanah yang digunakan:

 1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis

 2. Tanah Bukit Tursina

 3. Tanah Iraq

 4. Tanah Aden

 5. Tanah Al-Kautsar>
 6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah

 7. Tanah Paris

 8. Tanah Khurasan

 9. Tanah( Babylon )

 10.Tanah India

 11.Tanah syurga

 12.Tanah Tha'if


Menurut Ibnu Abbas:-

 1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada
otak
 manusia,dan disitulah tempatnya akal.

 2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar
dan
 tempat menerima nasihat.

 3. Dahinya dari tanah Iraq ,kerana disitu tempat sujud kepada.

 4. Mukanya dari tanah Aden , kerana disitu tempat berhias dan tempat
 kecantikan.

 5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.

 6. Giginya dari tanah Al-Kautsar,tempat memanis-manis.

 7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan
 kerjasama,sesama manusia.

 8. Tangan kirinya dari tanah Paris , tempat beristinjak.

 9. Perutnya dari tanah Babylon . Disitulah tempat seks(berahi) dan
tipudaya
 syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

 10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

 11. Dua kakinya dari tanah India , tempat berdiri dan jalan.

 12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah
 iman,keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.

 13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan
 berdoakan kepada Tuhan.


 Proses kejadiannya:

 1. Ketika Allah jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, air
 masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya)
 kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

 2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian
 diletakkan didalam "Alam Malakut".

 3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah
 pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan
 rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan
dirasmikan
 dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

 4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu
sifat
 "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

 5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam,
ia
 merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung
Adam
 yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa
roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah
kepada Izrail.


Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik
sekali
kulitnya.. Tidak seperti warna kulit manusia.Kerana Adam telah
diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan,
yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu,
meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih
kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah
liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah :

 1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang
hidung dan
 sebuah liang mulut.

 2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

 Dijadikan pula lima buah pancaindera:

 A. Mata alat penglihatan

 B. Hidung alat penciuman

 C. Telinga alat pendengaran

 D. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.

 E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa
halus,
 kasar dan sebagainya.

 Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk
perlahan-lahan
 sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.

 Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh
ke
 dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah
otak
 dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian
terjadilah
matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik
kekiri,
 ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih
merupakan
 tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang
 menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para
 malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.
 Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya
 terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah.
Itulah
 ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata
 Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat
Allah". Oleh
 kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap
 "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula
mengucapkan
 Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba
saja ia
 mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras.
 Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak
sabar).
 Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:

 "Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)

 Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah
susunan isi
 perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian
terus
 roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi
darah
 daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana
kulit itu
 kian lama kian cantik dan halus.

 Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam
 sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang
 pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat
Adam
 yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat
selama 100
 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama
 hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula
Adam
 dijadikan.

 Wallahualam


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Senior Member

Status: Offline
Posts: 362
Date:

mcm mane pulak ALLAH menciptakan hawa?

__________________

Siapa Adamku??? 



Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Klu x salah aku Hawa di jadikan dr tulang rusuk Nabi Adam kan?Amirshah tlg la cri cite psl Hawa lak..dh lm ruang cite agama ni muram..

__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

ilmu baru yg mmg patut dikongsi..thanx

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 146
Date:

saya pun nak tau kejadian hawa plak..
yg sy psti hawa dijadikan dari tulang rusuk adam..
tapi sy nak tau kisah selanjutnya..
nak tambahkan ilmu yg cetek ni..

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard