Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kahwin Orang miskin & Kahwin Orang Kaya


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Kahwin Orang miskin & Kahwin Orang Kaya


RENUNG-RENUNGKAN

sekadar berkongsi .... dari email yang diterima .... maklumlaaa musim orang
naik pelamin skarang nih...


MUSIM orang kahwin, tentulah cerita orang kahwin juga yang mendapat tempat.
Sana sini majlis perkahwinan berlangsung. Yang kecil, yang besar, yang
glamor dan yang sunyi sepi. Yang penting, impian pasangan untuk hidup
bersama telah tercapai. Dan pastinya cerita yang ingin saya kongsi dengan
pembaca minggu ini juga berkaitan dengan majlis kahwin. Apa tidaknya, ramai
yang menelefon ingin berkongsi pandangan mengenai majlis perkahwinan
sekarang.

Setelah meneliti dan mencari yang terbaik saya memilih untuk berkongsi
pendapat Datin W. Perbualan kami yang mengambil masa selama hampir sejam
menceritakan segala-galanya tentang perbezaan kahwin orang miskin dan kahwin
orang kaya.

"Miskin yang dimaksudkan adalah orang kurang berada yang hanya membuat
kenduri kahwin di rumah, tidak di dewan atau hotel bertaraf lima bintang,"
demikian Datin W memulakan bicaranya.

Datin W telah menghadiri sembilan majlis perkahwinan sepanjang cuti sekolah
baru-baru ini. Ada banyak beza, katanya. Lalu dia namakan majlis itu kahwin
orang miskin dan kahwin orang kaya.

"Lima daripada majlis tersebut diadakan di hotel dan dewan yang bertaraf
lima bintang sementara empat lagi di rumah. Saya pergi ke semua majlis itu
bagi memenuhi undangan kawan-kawan lama dan rakan sepejabat. Di tempat
bertaraf lima bintang memang menarik dan serba serbi canggih. Makanan
terhidang depan mata, siap ada napkin, bunga terletak indah di tengah meja,
makanan diletakkan dalam bekas cantik. Siap ada kopi, teh dan pemanis mulut.
Kerusi juga beriben dan beralas indah. Sayangnya, letih menunggu berjam-jam
sehinggakan perut mula berjoget kerana lapar," kata Datin W.

Menurut Datin W, sudahlah terpaksa datang awal untuk mencari parkir dan
berbaris untuk masuk ke dewan. Kemudian macam orang bodoh, melilau mencari
kerusi yang entah di mana letaknya. Kalau tempat duduk bebas lebih mudah,
tapi yang ada nombor parahlah. Terpaksa pula berlegar-legar mencari tempat
duduk. Kalau nasib baik ada penyambut tetamu cekap, lekaslah dapat duduk.
Jika tidak macam kerang busuk terhegeh-hegeh mencari kerusi.

Pernah melalui pengalaman yang sama, saya mencelah dengan berkata, biasanya
majlis yang mewah itu ada penyambut tetamu. Bagaimana boleh jadi macam itu?

"Memang ada penyambut tetamu, tetapi kalau sudah letak yang comel lote tapi
tak tahu buat kerja susah juga. Pakai cantik-cantik, berbaris tepi pintu dan
asyik tersenyum kepada tetamu. Bukan hendak tolong tunjuk tempat, tapi sibuk
bergambar dan bersalam sambil berbalas-balas gesel pipi tanpa mengira lelaki
perempuan," tambah Datin W.

Memang betul, saya juga pernah melihat senario ini dengan mata sendiri.
Perihal bukan muhrim tidak kira kaum dan agama berbalas ciuman di pipi pada
majlis orang kahwin sudah menjadi trend masyarakat kelas 'atasan' sejak
akhir-akhir ini.

Tidak berhenti di situ sahaja, Datin W turut menegur sikap segelintir tetamu
yang ada pangkat tetapi tidak tahu menghormati tetamu lain.

"Saya malu dan kecewa dengan sikap orang-orang ini. Ada jawatan tinggi, ada
pangkat dan pakai lawa tapi otak tidak boleh berfikir pentingkan diri
sahaja," suaranya agak meninggi.

Mendengar suaranya yang agak tinggi, saya bertanya kenapa.

"Bayangkan kita sudah berbaris panjang, tiba-tiba di depan ada satu hamba
Allah berpangkat jumpa kawan dia sepasang suami isteri, bersalam kemudian
disuruh masuk barisan di hadapannya. "Kemudian datang seorang lagi, juga
disuruh masuk, sehingga genap lima pasangan kawan mereka memotong Q.
Sakitnya hati kita! Sekurang-kurangnya hormatkan tetamu lain. Ini tidak,
mentang-mentang mereka ada nama, orang kenal, boleh buat sesuka hati,"
tambah Datin W.

Di dalam dewan pula, kata Datin W, suasananya memang cantik. Pokok bunga di
sana sini, layar pun ada untuk tetamu yang duduk jauh dari pelamin. Tapi
sayangnya dek kerana pokok-pokok bunga yang tinggi menjulang macam dalam
hutan, pandangan sebahagian tetamu terlindung. Yang kelihatan hanya hujung
kepala pengantin, tiang pelamin dan kepala tetamu lain.

Saya tersenyum sendiri. Mati akal saya untuk menjawab kata-kata Datin W.
Lalu saya meminta pendapatnya terhadap apa yang dikatakannya sebagai kenduri
di rumah orang miskin.

"Ini yang saya hendak cerita. Banyak bezanya macam langit dengan bumi. Saya
pergi empat buah rumah teman sekerja saya yang menerima menantu. Makanan
dihidang secara bufet. Ada yang katering, ada yang masih gotong royong
memasak. Paling kurang ada lima enam jenis lauk dan buah-buahan sebagai
pencuci mulut. Dua daripada rumah itu siap disediakan teh tarik, kopi O dan
bubur kacang.

"Tetamu boleh enjoy makan sambil sembang-sembang tengok pengantin
bersanding. Selepas bersanding, pengantin dan ibu bapa datang bawah khemah
menyapa tetamu sambil mengucapkan terima kasih dan bersalaman. Tidak payah
berbaris, tunggu dua jam baru hendak makan. Boleh ambil sendiri dan makan
sepuas hati, tiada siapa melarang,'' jelasnya.

Berbeza dengan majlis orang kaya, pengantin dan tuan rumah tunggu depan
pintu, habis tetamu kenamaan beredar, mereka pun lesap. Tinggal tetamu
terkapai-kapai mencari jalan pulang.

Kali ini saya bersetuju dengan Datin W kerana apa yang diucapkannya benar
belaka. Lebih selesa menghadiri majlis kahwin orang miskin daripada ke
majlis orang kaya. Kalau ke rumah orang biasa, letak sahaja kereta di mana,
tepi jalan, padang atau kawasan lapang, asal jangan halang laluan orang.
Tapi kalau di tempat lima bintang, berpusing
lima enam kali belum nampak
parkir kosong, kira pi kira mai, bayarannya sama banyak dengan makan nasi
kandar di restoran mamak.

Dalam berfikir saya dikejutkan dengan suara Datin W yang masih bersemangat
untuk bercerita lagi tentang majlis kahwin orang kaya.

"Bukan setakat itu sahaja, tetamu yang datang juga alahai memang berfesyen
habis, kebanyakannya berfesyen macam hendak ke festival filem. Seksi dan
menjolok mata pun ada, nak glamor punya pasal, tidak tahu beza majlis,"
tambahnya.

Kata-kata Datin W mengingatkan saya kepada satu kumpulan anak-anak remaja
yang menghadiri majlis kahwin dengan menaiki kereta Mercedes. Empat orang
dalam sebuah kereta, ertinya dua pasang. Cantik, tampan dan segak. Mereka
memakai baju Melayu lengkap bersamping sementara anak daranya pula memakai
kebaya lis jarang dengan tiub bertutup bahagian dada dan perut sahaja.
Padanannya kain batik diikat pario sehingga ke paras peha. Bayangkan!

"Apakah pesanan kepada orang di luar sana yang mungkin keliru dengan
pendapat Datin?'' soal saya yang cuba membakar semangatnya.

"Pesanan saya, jangan rasa rendah diri jika tidak dijemput ke majlis kahwin
orang kaya, jangan rasa terhina bila asyik ke majlis orang miskin. Kaya atau
miskin bukan ukurannya. Yang penting jemputan tuan rumah dipenuhi."

"Apa pun," kata Datin W, "kita semua sama di sisi Tuhan. Yang berbeza
hanyalah pangkat, darjat dan kemewahan yang juga dianugerahkan Tuhan. Jangan
sesekali lupa.''

Saya hargai pandangan Datin W yang berpengalaman luas dalam perkara ini.
Jika direnung semula, betul juga katanya. Majlis perkahwinan juga kini
semakin sengit. Persaingan makin hebat. Seperti juga Datin W, saya turut
mengalami pengalaman yang berharga. Buat pertama kali dalam sejarah, saya
dan teman-teman pulang dengan tangan kosong daripada majlis perkahwinan
orang kaya baru-baru ini sedangkan ramai tetamu glamor membawa dua tiga
cenderamata setiap seorang.

Bezanya, pada hari yang sama, pada majlis kahwin orang miskin yang kami
hadiri, kami dibekalkan buah tangan, sebuah beg kertas penuh dengan kuih
tradisional, gula-gula, kek dan sapu tangan dan bunga telur yang cantik. Apa
sudah jadi? Ada diskriminasi juga kah? Apa pun bukan buah tangan yang jadi
impian, tetapi menghargai jemputan. Pada masa yang sama seronok melihat
lakonan manusia di pentas dunia!

Menutup kata, terimalah serangkap pantun daripada saya.

Anggerik rimba kembang serumpun
Kiambang di tasik jadi pilihan

Tercalar adat sopan dan santun
Ambil iktibar jadikan teladan.



__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

betul2... haku amat bersependapatan jugak la ngan datin w itu... bukan takat datin w... malah datin x, datin y dan jugak datin z.....!! err... ader ke tu...!!


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1257
Date:

Mekasih la pd anda ibuk2 bapak2 semua krn sudi membaca kisah x seberapa tragis ini tapi diharap mampu mendatangkan sedikit keinsafan...

Sayalah Datin W (memang nama sebenar) yg memegang watak utama merangkap penerbit kisah nih..
Sungguh tulus dan mulia sekali peribadi muslim dlm jiwa saya ni kan??



__________________



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Dan saya pulak, memegang watak sampingan yang berlakon sebagai bra datin W..... sepanjang cerita ini berlangsung, watak saya asyik terlindung di sebalik baju datin W..... amat mencabar sekali memegang watak sebagai bra datin W ni.... selain dari menahan bau neraka yang amat zoolimiiin.... watak saya tu jugak terpaksa berdepan dengan masalah tumbesaran dan keberatan isipadu puduraya datin W tu..... amat laknat sekali saiznya... saiznya hampir menyamai seekor kerbau....

oleh yang demikian, saya harap lakonan saya sebagai Bra ini akan memberi kesan pada semua penonton dan penggiat seni....


(nasib baik aku tolak tawaran berlakon sebagai spentot rosyam noor)

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

dan malang nyer ketika kesume pelakon tambahan telah mendapat watak masing2, aku pula yang tidak bernasib baik...tapi ape kan daya...aku terpaksa meneruskan pekerjaan tersebut kerana aku ade anak bini untuk ditanggung....terpaksa la jua aku berlakon sebagai sepetot rosyam noor tersebut...

walaupon aku tidak rela dicabul sebegitu, namun apakan daya, demi untuk sesuap nasik...walaupon aku terpaksa menghidu bau yang amat nirajim dari celahan peha beliau...dan kadang kala aku terpaksa menahan gas yang kuar dari saluran najis, aku redha...demi untuk sesuap nasik untuk istri dan anakku yang tersayang...sob..sob...

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1849
Date:

dan aku sebagai bini matematik tambahan yg berlakon menyamar jadi spentot rosyam noor amat berdukacita ngan offer yg laki aku terima tu..aku terpaksa.. bak kata org tgh jiwang.."rela tp tepaksa.."

ade ke patut offer berlakon jadi spentot rosyam tu jugak yg beliau amik..lenkali amik la berlakon jd peti ais ke..aircond ke..ade la pekdahnya jugak..

setiap kali malam menjelma..terutamanya malam jumaat aku terpaksa berdepan dgn aroma2 yg masih melekat dek spentot rosyam noor tu..bau nya?? hoh mmg tahap jembalang tanah yg x mandi tu..kang x layan dicop pulak isteri derhaka..neraka tempatnya..sob..sob..

malang..malang..

__________________
kalau kaktus itu aku..ku bilang kalau..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1257
Date:

Ye..ye..keberanian Abg Riepin utk melakonkan watak Brazil cup C' bewarna pink belang2 pepel hak milik kekal Datin W (saya la tu) sewajarnya diberi pengiktirafan di peringkat AJL yg akan muncul x lama lagi.

Sungguh saya x sangka yg beliau akan menerima watak itu krn rata2 jantan maskulin yg saya temui, hampir semuanya menolak watak sampingan tersebut krn takut di over shadow oleh tisu2 tandas yg melakonkan watak buah dadu saya..

Terima kasih Abg Riepin, jasamu ku kenang hingga ke lubang dubur, Eh kesilapan pulak. Hingga ke lubang kuburrrrrr...


Saya yg bener,
BOB WAHAB @ Datin W

__________________



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Wartawan : Apa filem terbaru encik riepan skang ni?

Rie : Ohhh.. saya akan berlakon dalam filem arahan steven spieldberg....filem tu bertajuk "S for ****"

Wartawan : Wahhhh... besar tu tawaran yang encik riepan terima... enciklah melayu pertama yang berlakon huliwud.....

Rie : Bener tu (jowo), saya rasa bengge sekeli dengen pencepeien seye ni....

Wartawan : Apa watak encik riepan tu...

Rie : Sob...sob.... jadi watak sampingan je... sebagai najis.... huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wartawan : Busuk punya olang...... ada ke bawak watak najis...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard