sekadar berkongsi .... dari email yang diterima .... maklumlaaa musim orang naik pelamin skarang nih...
MUSIM orang kahwin, tentulah cerita orang kahwin juga yang mendapat tempat. Sana sini majlis perkahwinan berlangsung. Yang kecil, yang besar, yang glamor dan yang sunyi sepi. Yang penting, impian pasangan untuk hidup bersama telah tercapai. Dan pastinya cerita yang ingin saya kongsi dengan pembaca minggu ini juga berkaitan dengan majlis kahwin. Apa tidaknya, ramai yang menelefon ingin berkongsi pandangan mengenai majlis perkahwinan sekarang.
Setelah meneliti dan mencari yang terbaik saya memilih untuk berkongsi pendapat Datin W. Perbualan kami yang mengambil masa selama hampir sejam menceritakan segala-galanya tentang perbezaan kahwin orang miskin dan kahwin orang kaya.
"Miskin yang dimaksudkan adalah orang kurang berada yang hanya membuat kenduri kahwin di rumah, tidak di dewan atau hotel bertaraf lima bintang," demikian Datin W memulakan bicaranya.
Datin W telah menghadiri sembilan majlis perkahwinan sepanjang cuti sekolah baru-baru ini. Ada banyak beza, katanya. Lalu dia namakan majlis itu kahwin orang miskin dan kahwin orang kaya.
"Lima daripada majlis tersebut diadakan di hotel dan dewan yang bertaraf lima bintang sementara empat lagi di rumah. Saya pergi ke semua majlis itu bagi memenuhi undangan kawan-kawan lama dan rakan sepejabat. Di tempat bertaraf limabintang memang menarik dan serba serbi canggih. Makanan terhidang depan mata, siap ada napkin, bunga terletak indah di tengah meja, makanan diletakkan dalam bekas cantik. Siap ada kopi, teh dan pemanis mulut. Kerusi juga beriben dan beralas indah. Sayangnya, letih menunggu berjam-jam sehinggakan perut mula berjoget kerana lapar," kata Datin W.
Menurut Datin W, sudahlah terpaksa datang awal untuk mencari parkir dan berbaris untuk masuk ke dewan. Kemudian macam orang bodoh, melilau mencari kerusi yang entah di mana letaknya. Kalau tempat duduk bebas lebih mudah, tapi yang ada nombor parahlah. Terpaksa pula berlegar-legar mencari tempat duduk. Kalau nasib baik ada penyambut tetamu cekap, lekaslah dapat duduk. Jika tidak macam kerang busuk terhegeh-hegeh mencari kerusi.
Pernah melalui pengalaman yang sama, saya mencelah dengan berkata, biasanya majlis yang mewah itu ada penyambut tetamu. Bagaimana boleh jadi macam itu?
"Memang ada penyambut tetamu, tetapi kalau sudah letak yang comel lote tapi tak tahu buat kerja susah juga. Pakai cantik-cantik, berbaris tepi pintu dan asyik tersenyum kepada tetamu. Bukan hendak tolong tunjuk tempat, tapi sibuk bergambar dan bersalam sambil berbalas-balas gesel pipi tanpa mengira lelaki perempuan," tambah Datin W.
Memang betul, saya juga pernah melihat senario ini dengan mata sendiri. Perihal bukan muhrim tidak kira kaum dan agama berbalas ciuman di pipi pada majlis orang kahwin sudah menjadi trend masyarakat kelas 'atasan' sejak akhir-akhir ini.
Tidak berhenti di situ sahaja, Datin W turut menegur sikap segelintir tetamu yang ada pangkat tetapi tidak tahu menghormati tetamu lain.
"Saya malu dan kecewa dengan sikap orang-orang ini. Ada jawatan tinggi, ada pangkat dan pakai lawa tapi otak tidak boleh berfikir pentingkan diri sahaja," suaranya agak meninggi.
Mendengar suaranya yang agak tinggi, saya bertanya kenapa.
"Bayangkan kita sudah berbaris panjang, tiba-tiba di depan ada satu hamba Allah berpangkat jumpa kawan dia sepasang suami isteri, bersalam kemudian disuruh masuk barisan di hadapannya. "Kemudian datang seorang lagi, juga disuruh masuk, sehingga genap lima pasangan kawan mereka memotong Q. Sakitnya hati kita! Sekurang-kurangnya hormatkan tetamu lain. Ini tidak, mentang-mentang mereka ada nama, orang kenal, boleh buat sesuka hati," tambah Datin W.
Di dalam dewan pula, kata Datin W, suasananya memang cantik. Pokok bunga di sana sini, layar pun ada untuk tetamu yang duduk jauh dari pelamin. Tapi sayangnya dek kerana pokok-pokok bunga yang tinggi menjulang macam dalam hutan, pandangan sebahagian tetamu terlindung. Yang kelihatan hanya hujung kepala pengantin, tiang pelamin dan kepala tetamu lain.
Saya tersenyum sendiri. Mati akal saya untuk menjawab kata-kata Datin W. Lalu saya meminta pendapatnya terhadap apa yang dikatakannya sebagai kenduri di rumah orang miskin.
"Ini yang saya hendak cerita. Banyak bezanya macam langit dengan bumi. Saya pergi empat buah rumah teman sekerja saya yang menerima menantu. Makanan dihidang secara bufet. Ada yang katering, ada yang masih gotong royong memasak. Paling kurang ada lima enam jenis lauk dan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Dua daripada rumah itu siap disediakan teh tarik, kopi O dan bubur kacang.
"Tetamu boleh enjoy makan sambil sembang-sembang tengok pengantin bersanding. Selepas bersanding, pengantin dan ibu bapa datang bawah khemah menyapa tetamu sambil mengucapkan terima kasih dan bersalaman. Tidak payah berbaris, tunggu dua jam baru hendak makan. Boleh ambil sendiri dan makan sepuas hati, tiada siapa melarang,'' jelasnya.
Berbeza dengan majlis orang kaya, pengantin dan tuan rumah tunggu depan pintu, habis tetamu kenamaan beredar, mereka pun lesap. Tinggal tetamu terkapai-kapai mencari jalan pulang.
Kali ini saya bersetuju dengan Datin W kerana apa yang diucapkannya benar belaka. Lebih selesa menghadiri majlis kahwin orang miskin daripada ke majlis orang kaya. Kalau ke rumah orang biasa, letak sahaja kereta di mana, tepi jalan, padang atau kawasan lapang, asal jangan halang laluan orang. Tapi kalau di tempat lima bintang, berpusing lima enam kali belum nampak parkir kosong, kira pi kira mai, bayarannya sama banyak dengan makan nasi kandar di restoran mamak.
Dalam berfikir saya dikejutkan dengan suara Datin W yang masih bersemangat untuk bercerita lagi tentang majlis kahwin orang kaya.
"Bukan setakat itu sahaja, tetamu yang datang juga alahai memang berfesyen habis, kebanyakannya berfesyen macam hendak ke festival filem. Seksi dan menjolok mata pun ada, nak glamor punya pasal, tidak tahu beza majlis," tambahnya.
Kata-kata Datin W mengingatkan saya kepada satu kumpulan anak-anak remaja yang menghadiri majlis kahwin dengan menaiki kereta Mercedes. Empat orang dalam sebuah kereta, ertinya dua pasang. Cantik, tampan dan segak. Mereka memakai baju Melayu lengkap bersamping sementara anak daranya pula memakai kebaya lis jarang dengan tiub bertutup bahagian dada dan perut sahaja. Padanannya kain batik diikat pario sehingga ke paras peha. Bayangkan!
"Apakah pesanan kepada orang di luar sana yang mungkin keliru dengan pendapat Datin?'' soal saya yang cuba membakar semangatnya.
"Pesanan saya, jangan rasa rendah diri jika tidak dijemput ke majlis kahwin orang kaya, jangan rasa terhina bila asyik ke majlis orang miskin. Kaya atau miskin bukan ukurannya. Yang penting jemputan tuan rumah dipenuhi."
"Apa pun," kata Datin W, "kita semua sama di sisi Tuhan. Yang berbeza hanyalah pangkat, darjat dan kemewahan yang juga dianugerahkan Tuhan. Jangan sesekali lupa.''
Saya hargai pandangan Datin W yang berpengalaman luas dalam perkara ini. Jika direnung semula, betul juga katanya. Majlis perkahwinan juga kini semakin sengit. Persaingan makin hebat. Seperti juga Datin W, saya turut mengalami pengalaman yang berharga. Buat pertama kali dalam sejarah, saya dan teman-teman pulang dengan tangan kosong daripada majlis perkahwinan orang kaya baru-baru ini sedangkan ramai tetamu glamor membawa dua tiga cenderamata setiap seorang.
Bezanya, pada hari yang sama, pada majlis kahwin orang miskin yang kami hadiri, kami dibekalkan buah tangan, sebuah beg kertas penuh dengan kuih tradisional, gula-gula, kek dan sapu tangan dan bunga telur yang cantik. Apa sudah jadi? Ada diskriminasi juga kah? Apa pun bukan buah tangan yang jadi impian, tetapi menghargai jemputan. Pada masa yang sama seronok melihat lakonan manusia di pentas dunia!
Menutup kata, terimalah serangkap pantun daripada saya.
Anggerik rimba kembang serumpun Kiambang di tasik jadi pilihan
Tercalar adat sopan dan santun Ambil iktibar jadikan teladan.
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
betul2... haku amat bersependapatan jugak la ngan datin w itu... bukan takat datin w... malah datin x, datin y dan jugak datin z.....!! err... ader ke tu...!!
Mekasih la pd anda ibuk2 bapak2 semua krn sudi membaca kisah x seberapa tragis ini tapi diharap mampu mendatangkan sedikit keinsafan...
Sayalah Datin W (memang nama sebenar) yg memegang watak utama merangkap penerbit kisah nih.. Sungguh tulus dan mulia sekali peribadi muslim dlm jiwa saya ni kan??
Dan saya pulak, memegang watak sampingan yang berlakon sebagai bra datin W..... sepanjang cerita ini berlangsung, watak saya asyik terlindung di sebalik baju datin W..... amat mencabar sekali memegang watak sebagai bra datin W ni.... selain dari menahan bau neraka yang amat zoolimiiin.... watak saya tu jugak terpaksa berdepan dengan masalah tumbesaran dan keberatan isipadu puduraya datin W tu..... amat laknat sekali saiznya... saiznya hampir menyamai seekor kerbau....
oleh yang demikian, saya harap lakonan saya sebagai Bra ini akan memberi kesan pada semua penonton dan penggiat seni....
(nasib baik aku tolak tawaran berlakon sebagai spentot rosyam noor)
dan malang nyer ketika kesume pelakon tambahan telah mendapat watak masing2, aku pula yang tidak bernasib baik...tapi ape kan daya...aku terpaksa meneruskan pekerjaan tersebut kerana aku ade anak bini untuk ditanggung....terpaksa la jua aku berlakon sebagai sepetot rosyam noor tersebut...
walaupon aku tidak rela dicabul sebegitu, namun apakan daya, demi untuk sesuap nasik...walaupon aku terpaksa menghidu bau yang amat nirajim dari celahan peha beliau...dan kadang kala aku terpaksa menahan gas yang kuar dari saluran najis, aku redha...demi untuk sesuap nasik untuk istri dan anakku yang tersayang...sob..sob...
dan aku sebagai bini matematik tambahan yg berlakon menyamar jadi spentot rosyam noor amat berdukacita ngan offer yg laki aku terima tu..aku terpaksa.. bak kata org tgh jiwang.."rela tp tepaksa.."
ade ke patut offer berlakon jadi spentot rosyam tu jugak yg beliau amik..lenkali amik la berlakon jd peti ais ke..aircond ke..ade la pekdahnya jugak..
setiap kali malam menjelma..terutamanya malam jumaat aku terpaksa berdepan dgn aroma2 yg masih melekat dek spentot rosyam noor tu..bau nya?? hoh mmg tahap jembalang tanah yg x mandi tu..kang x layan dicop pulak isteri derhaka..neraka tempatnya..sob..sob..
Ye..ye..keberanian Abg Riepin utk melakonkan watak Brazil cup C' bewarna pink belang2 pepel hak milik kekal Datin W (saya la tu) sewajarnya diberi pengiktirafan di peringkat AJL yg akan muncul x lama lagi.
Sungguh saya x sangka yg beliau akan menerima watak itu krn rata2 jantan maskulin yg saya temui, hampir semuanya menolak watak sampingan tersebut krn takut di over shadow oleh tisu2 tandas yg melakonkan watak buah dadu saya..
Terima kasih Abg Riepin, jasamu ku kenang hingga ke lubang dubur, Eh kesilapan pulak. Hingga ke lubang kuburrrrrr...