Ulama membahagikan 3 kategori didalam kes mencabut bulu rambut dari badan manusia :
a. Rambut/Bulu yang Islam melarang di cabut/cukur. contoh: bulu mata, janggut bagi lelaki. b. Rambut/Bulu yang galakkan di cabut/cukur. contoh: bulu ketiak, bulu kemaluan, misai. c. Rambut/Bulu yang didiamkan didalam Islam (tidak disebut larangan atau keharusannya).
Ulama berbeza pendapat didalam hukum membolehkan ianya dicukur/gunting atau tidak. Yang mengharamkannya berdalilkan firman Allah, dimana Allah menyebut bahawa Syaitan telah berkata :-
.aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah[al-Nisa 4:119]
Sementara yang membenarkannya berhujah bahawa ini termasuk perkara yang di diamkan oleh Allah s.w.t dan Rasulnya s.a.w (tidak disebutkan samada dilarang atau dibenarkan) maka hukumnya harus. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w:
Sesuatu yang halal adalah apa yang Allah halalkan dalam Kitab-Nya, sedangkan yang haram adalah apa yang Allah haramkan dalam Kitab-Nya. Adapun yang tidak disebutkan merupakan sebuah kelapangan. [Dikeluarkan at-Tirmizi - no: 1726 dan dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan at-Tirmizi]
Pandangan ini dipersetujui oleh kebanyakkan ulamak. Ulamak al-Lajnah al-Fataawa Arab Saudi dan Syaikh Ibn Utsaimin misalnya amat cenderung mengatakan harus mencukur/mengunting bulu2 didalam kategori c tadi.
Tidak menjadi kesalahan bagi wanita jika dia ingin membuang rambut/bulu diatas bibir, peha, betis dan tangan. Ini bukanlah bahagian mencabut/tanammus yang dilarang [Fatawa al-Lajnah al-Daaimah, 5/194, 195].
, : ,
"Mengenai mencukur rambut di badan didalam kes lelaki ianya dibenarkan menurut mazhab Maliki, dan dikatakan sebagai sunnah, dan apa yang dimaksudkan dengan jasad/badan adalah semua anggota dan tidak termasuk kepala" [Mausu'ah al-Fiqhiyyah, 18/100].
.
"Di benarkan bagi lelaki mencukur bulu dadanya disisi pandangan umum para fuqaha', dan berkata beberapa ulama' bahawa ini bertentangan dengan adab" (Syubakah al-fataawa al-Syariiyah, Syeikh Dr Ahmad al-Haji al-Kurdi)
Kesimpulannya, bulu dada, kaki dan sebagainya tidak termasuk dari kalangan bulu/rambut yang dilarang membuangnya.
wallahua'lam
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
ha, bek nko cabut je bulu yg tumbuh kat montot nko tu slipar.. dh le nko tunjuk montot kat org pastu kl montot tu gebu xpe le jugak, ni tak..siap tumbuk bulu lagi..isk..xdapat le aku nak bayangkan..mesti badan nko penuh dgn bermcm2 jenis binatang liar khasnye kutu embun..
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee