Yang dimaksud dengan tabarruj ialah seorang wanita yang menampakkan perhiasannya dan keindahan tubuhnya serta apa-apa yang seharusnya wajib untuk ditutupi dari hal-hal yang dapat menarik syahwat lelaki. (Jilbab Al Maratil Muslimah halaman 120)
Hal ini kita dapati pada sabda Rasulullah Shalallahu alaihi wassalam tentang wanita-wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang disebabkan minimanya pakaian mereka dan tipisnya bahan kain yang dipakainya. Yang demikian ini sesuai dengan komentar Ibnul Abdil Barr rahimahullah ketika menjelaskan sabda Rasulullah Shalallahu alaihi wassalam tersebut.
Ibnul Abdil Barr menyatakan: "Wanita-wanita yang dimaksudkan Nabi Shalallahu alaihi wassalam adalah yang memakai pakaian yang tipis yang membentuk tubuhnya dan tidak menutupinya, maka mereka adalah wanita-wanita yang berpakaian pada dhahirnya dan telanjang pada hakikatnya" (Dinukil oleh Suyuthi di dalam Tanwirul Hawalik 3/103)
Mereka adalah wanita-wanita yang hobi menampakkan perhiasan mereka, padahal Allah Subhanahu wa Taala telah melarang hal ini dalam firman-Nya: "Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan-perhiasan mereka." (An Nur : 31)
Imam Adz Dzahabi rahimahullah menyatakan di dalam kitab Al Kabair halaman 131: "Termasuk dari perbuatan-perbuatan yang menyebabkan mereka dilaknat ialah menampakkan hiasan emas dan permata yang ada di dalam niqab (tutup muka/) mereka, memakai minyak wangi dan jika mereka keluar rumah"
Dengan perbuatan seperti ini bererti mereka secara tidak langsung menyeret kaum lelaki ke dalam neraka, kerana pada diri kaum wanita terdapat daya tarik syahwat yang sangat kuat yang dapat menggoyahkan keimanan yang kukuh sekalipun. Terlebih bagi iman yang lemah yang tidak setanding dengan ilmu Al Quran dan As Sunnah. Rasulullah Shalallahu alaihi wassalam sendiri menyatakan di dalam hadits yang shahih bahwa fitnah yang paling besar yang paling ditakutkan atas kaum lelaki adalah fitnahnya wanita.
Sejarah sudah berbicara bahwa betapa banyak tokoh-tokoh legenda dunia yang tidak beriman kepada Allah Subhanahu wa Taala hancur kariernya hanya disebabkan pujuk rayu wanita. Dan berapa banyak persaudaraan di antara kaum Mukminin terputus hanya kerana wanita. Berapa banyak seorang anak degil dan meloantarkan ibunya demi mencari cinta seorang wanita, dan masih banyak lagi perkara lainnya yang dapat membuktikan bahawa wanita model mereka ini memang cepat untuk tidak mendapatkan wanginya Syurga.
Hanya dengan ucapan dan rayuan seorang wanita mampu menjerumuskan kaum lelaki ke dalam lembah dosa dan hina terlebih lagi jika mereka bersolek dan menampakkan di hadapan kaum lelaki. Tidak menghairankan lagi jika di sana-sini terjadi pelecehan terhadap kaum wanita, kerana yang demikian adalah hasil perbuatan mereka sendiri.
Wahai saudariku Muslimah Hindarilah tabarruj dan berhiaslah dengan pakaian cara Islam yang menyelamatkan anda dari dosa di dunia ini dan ahzab di akhirat kelak.
Allah Subhanahu wa Taala berfirman:"Dan tinggallah anda di rumah-rumah anda dan janganlah kalian bertabarruj dengan tabarrujnya orang-orang jahiliyyah pertama dahulu." (Al-Ahzab: 33)
Masih banyak sebab-sebab lainnya yang mengatakan wanita menjadi majority penduduk neraka. Tetapi kami hanya mencukupkan tiga sebab ini saja kerana memang tiga model inilah yang sering kita dapati di dalam kehidupan masyarakat negara kita ini.
Saudariku Muslimah...
Rasulullah Shalallahu alaihi wassalam pernah melakukan satu amalan yang dapat menyelamatkan kaum wanita dari ahzab neraka. Ketika beliau selesai khutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Taala dan anjuran untuk mentaati-Nya. Beliau pun bangkit mendatangi kaum wanita, beliau menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian beliau bersabda: "Bersedekahlah kalian! Kerana kebanyakan anda adalah kayu bakarnya Jahanam!" Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, ia pun bertanya: "Mengapa demikian, wahai Rasulullah?" Beliau menjawab: Kerana anda banyak mengeluh dan anda kufur terhadap suami! (HR. Bukhari)
Bersedekahlah! Kerana sedekah adalah satu jalan untuk menyelamatkan anda dari ahzab neraka. Semoga Allah Subhanahu wa Taala menyelamatkan kita dari adzabnya. Amin.
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
rasa nya bagi aku benda nih saling kait mengait antara satu sama lain.......coz kebanyakn pmpn yg bt gitu mau tarik perhatian lelaki dan ada juga lh yg mahu tarik perhatian yg sama spesis....ekeeke....tapi perkara ni mmg jelas dan nyata pmpn adalah punca utama....coz x da org yg paksa pkai bgitu kn....so smua ni dalam rantaian karma hidup saling berkaitan....
rasa nya bagi aku benda nih saling kait mengait antara satu sama lain.......coz kebanyakn pmpn yg bt gitu mau tarik perhatian lelaki dan ada juga lh yg mahu tarik perhatian yg sama spesis....ekeeke....tapi perkara ni mmg jelas dan nyata pmpn adalah punca utama....coz x da org yg paksa pkai bgitu kn....so smua ni dalam rantaian karma hidup saling berkaitan....
ko ni tatung.... x abeh2 pompuan ko salah kn... isteri ko nnti x ke pompuan... huh... mmg ade benar nyer ko kata...
aku disni menyeru kaum2 sejenisku... jagalah peribadi... sesungguhnyer wanita baik adalah untuk lelaki yang baik...
waallahualam...
__________________
aku kembali...setelah lama menghilang....kemunculanku pasti di nanti2....