Menurut pendapat ulama Syafie, tidak menjadi kesalahan menaruh bau-bauan pada kubur, dan ulama Syafie, Hambali dan Hanafi berpendapat bahawa sunat disiram air ke atas kubur dan sunat dipacak pelepah yang masih hijau dan tumbuh-tumbuhan yang wangi dan sebagainya yang masih basah di atas kubur untuk memelihara tanahnya daripada runtuh atau hilang dan sesiapa pun tidak boleh mengambilnya dari kubur itu sebelum kering, kerana tuan kubur itu tidak meninggalnya kecuali setelah kering kerana manfaat hanya terdapat semasa basah iaitu istighfar.
Dalil mereka yang mengatakan sunat disiram air keatas kubur ialah Hadith: Terjemahan : Bahawa Nabi S.A.W. menyiram air ke atas kubur anaknya Ibrahim dan menaruh batu-batu kecil di atasnya.
Begitu juga pendapat ulama Hanafi, makruh memotong tumbuh-tumbuhan yang masih basah dan rumput yang terdapat di atas kubur, kecuali yang kering, kerana selama ia basah ia bertasbih, maka dengan itu menyenangkan mayat dan diturunkan rahmat dengan sebab zikirnya. Sunat dipacakkan pelepah dan pohon As dan sebagainya di atas kubur. Dalil lain ialah apa yang terkandung di dalam Hadith sahih mengenai Nabi S.A.W. memacakkan pelepah yang masih hijau setelah dibelah dua ke atas dua kubur yang diazab, dan alasan (illah) meringankan daripada azab ialah selagi ia masih basah, ia meringankan azab dengan sebab tasbih daripada kedua-dua pohon itu kerana tasbihnya semasa masih basah adalah lebih sempurna dari yang kering kerana yang masih hijau itu adalah hidup.
Maka hukum makruh memotong pohon-pohon itu sekalipun tumbuh sendiri kerana dengan pemotongan itu meluputkan hak simati.
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????