Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bagaimana Menentukan Status Berat Badan Anda?


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Bagaimana Menentukan Status Berat Badan Anda?


Bagaimana Menentukan Status Berat Badan Anda?

BMI (Indeks Jisim Tubuh) adalah satu indicator yang digunakan untuk menentukan samada berat anda bersesuaian dengan ketinggian anda.


BMI =
Berat (kg)/
Tinggi × tinggi (m²)

Contoh: Berat 55kg, Tinggi 1.58m

BMI =

55 (kg)/
1.58 × 1.58 (m²)

= 22.03

Kategori BMI
KATEGORI
PENGKELASAN

<18.5

Kurang berat badan

18.5 24.9

Normal

25.0 29.9

Berlebihan berat badan

>30

Obesiti



Jika anda mempunyai masalah berlebihan berat badan atau obesity, panduan ini boleh membantu anda menurunkan berat badan.
Pemakanan sihat untuk penurunan berat badan
  1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kalori seperti makanan bergoreng dan makanan franchise.

  2. Kurangkan pengambilan semua jenis minyak dan lemak (tepu, monotaktepu dan politaktepu) .
    Contoh: minyak kelapa sawit, soya, jag! ung, bijan, zaiton, minyak kacang.

  3. Kurangkan pengambilan makanan mengandungi gula ringkas.Contoh: gula-gula, sirap, minuman ringan, biskut manis, kuih-muih, kek, coklat, agar-agar, aiskrim, susu pekat manis, kaya dan jem.

  4. Hadkan pengambilan karbohidrat kompleks sesuai dengan keperluan tenaga.Contoh: nasi, mee, meehon, kueyteow, roti, ubi-ubi, dan semua hasil tepung.

  5. Kurangkan minuman beralkohol.

  6. Elakkan makanan tinggi kolesterol.Contoh: otak, usus, hati, hempedal, buah pinggang, kuning telur, (2-3/minggu) , telur ikan, ikan bilis dengan kepala dan perut.

  7. Hadkan makanan laut (ketam, udang, sotong, kerang, siput dll.).

  8. Kurangkan pengambilan hasil tenusu tinggi lemak (keju, susu penuh krim, susu segar).

  9. Elakkan makanan tinggi lemak tepu.Contoh: minyak kelapa, santan, mentega, minyak sapi, lemak daging, lemak dan kulit ayam, lemak susu. 
     
HIDANGAN

DIELAKKAN

DIGALAKKAN

NASI

Nasi Beriani

Nasi Lemak

Nasi Goreng

Nasi Ayam

Nasi Putih

Kanji

MEE/ MEE HOON

Mee Kari

Mee/Meehon/ Kuey Teow Goreng

Asam Laksa

Mee/Meehoon/

KueyTeow Sup

Mee Hailam

Mee Rebus

Mee Tom Yam

ROTI

Roti canai/ Telur

Murtabak

Capati tanpa ghee

Tosai, Roti Nan

LAUK

Masak Rendang

Masak Goreng

Masak Lemak

Kari Bersantan

Ikan Masin

Masak Tomyam

Ikan/ Ayam Bakar

Ikan Kukus

Masak Asam Pedas

Masak Tomato

KUIH

Kuih Bergoreng

Kuih Bersantan

Sandwich

Apam Tanpa Kelapa

Popia Basah (Tanpa Udang/ Telur)

Kuih Kukus Tanpa Santan

Buah-buahan Segar



Contoh menu



1200 kcal

1500 kcal

Sarapan pagi

2 keping roti + 1 sudu teh marjerin

1 biji telur / 1 sudu makan kacang panggang

kopi/the + 2 sudu teh susu skim

-sama-

tambahan 1 sudu teh gula dalam minuman

Minum pagi

1 hidangan buah

2 sudu the susu skim

-sama-

tambahan 1 sudu the gula dalam minuman

Makan tengahari

1 cawan nasi

1½ saiz kotak man s daging/

1 peha ayam (kecil) /

1 ekor ikan selar (kecil)/

½ cawan kekacang (stew/sup/rebus/ kukus/bakar)

sayur (rebus/kukus)

1 hidangan buah

1 ½ cawan nasi

2 saiz kotak mancis daging/

1 peha ayam (sederhana)/

2/3 cawan kekacang (stew/sup/rebus/ kukus/baker)

sayur (rebus/kukus)

1 hidangan buah

Minum petang

1 hidangan buah

teh/kopi + 2 sudu teh susu skim

-sama-

tambahan 1 sudu teh gula dalam minuman

Makan malam

1 cawan nasi

1 ½ saiz kotak mancis daging/

1 peha ayam (kecil) /

1 ekor ikan selar (kecil)/

½ cawan kekacang (stew/sup/rebus/ kukus/bakar)

sayur (rebus/kukus)

1 ½ cawan nasi

2 saiz kotak mancis daging/

1 peha ayam(sederhana)

1 ekor ikan selar (sederhana)/

2/3 cawan kekacang (stew/sup/rebus/ kukus/bakar)

sasyur (rebus/kukus)

Minum malam

2 sudu makan susu skim

-sama-



__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard