Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kisah ular terkam jenazah pelacur


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
kisah ular terkam jenazah pelacur


*"DIAlah yang memperlihatkan kepadamu tanda tanda kekuasaanNYA dan * *
menurunkan untuknya rezeki dari langir. Dan tiadalah mendapat pengajaran
kecuali orang orang yang   kembali kepada ALLAH" *
*
Surah al-Mukmin , ayat 13. *


*

Ustaz Zainul Fata Hashim , 38 , adalah khatib Masjid Rahman di Banyu Urib ,

Surabaya. Ketika usinya 14 tahun dia merantau ke Mekah untuk menuntut

ilmu dengan ditemani abangnya , Hj.Yassin Hashim. Setelah 17 tahun
menetap di Tanah suci dia kembali ke kampung halamannya pada 1997 dan
mengajar di sekolah sekolah agama di kampung kelahirannya. Lantaran
ingin berkongsi pengalaman menanrik ketika menetapa di Mekah , Ustaz
Zainul diterbangkan khas dari Surabayauntuk temu bual ekslusif dengan
wartawan Mastika , Norimanah Seman. *


*
Perkuburan Ma'ala di Mekah yang terletak berhampiran makam Siti
Khadijaah riuh rendah. Suara orang bercakap dalam nada cemas dan
menjerit jerit menyebabkan tumpuan  saya yang ketika itu sedang solat ,
terganggu. Suara abang saya , Hj. Yassin yang mengimami solat Asar juga
tenggelam timbul.
Terus terang saya katakan , saya tidak dapat bersolat dengan khusyuk.
Suara
orang bercakap dan menjerit jerit itu menggangu tumpuan. Selesai salam ,
saya terus ke tingkap yang menghadap ke kawasan perkuburan. Saya lihat
penjaga kubur berdiri tercegat di tepi lubang , orang ramai yang
mengiringi jenazah bertempiaran lari. Adayg tertonggeng kerana tersepak
batu , yg merangkak pun ada. *


*
"Tolongggggggg , anak saya!" jerit seorang wanita apabila melihat anaknya
berdiri hampir dengan liang kubur. Seorang lelaki sedang berlari sempat
menyambar kanak kanak itu dan diserahkan kembali kepada emaknya. *


*
"Apahal ribut ribut tu?" tanya abang yang tiba tiba sudah berdiri
dibelakang saya. "Entah , " jawab saya. Lantas saya dan abang   bergegas
ke
kawasan kuburan itu yg jaraknya hanya beberapa meter sahaja dr rumah
sewa kami. Walaupun sudah tiga tahun  menyewa rumah berhampiran kawasan
perkuburan tetapi belum pernah saya lihat urusan pengkebumian jadi kelam
kabut. *

Saya berjalan menghampiri penjaga  kubur , Ahmed berbangsa Afrika. Hanya
dia seorang saja yg berani berdiri di situ sedangkann orang ramai yang
mengiringi jenazah sudah lari bertempiaran. Mereka berdiri jauh di tepi
pagar. Muka Ahmed kelihat cemas , matanya tajam memandang ke dalam liang.
*


*
"Apa masalahnya , ni?" tanya saya dalam bahasa Arab. Lelaki itu hanya
menuding jarinya keliang lahad tanpa mampu berkata apa apa. Seekor ular
besar dengan mulut ternganga luas hingga menampakkan taring tajam yang
panjang kelihatan tersembul di pintu lubang kubur. Badannya sahaja
sebesar pemeluk orang dewasa! Saya dan abang segera mengundur. Ahmed
mengelak beberapa tapak apabila ular itu menjulurkan kepalanya seperti
hendak menerkam jenazah yang dipikul oleh kawan kawannya. Setelah gagal
untuk mencekup jenazah , ular yang bercampur aduk warnanya itu memasukkan
semula kepalanya ke dalam lubang. Namun apabila kawan kawan Ahmed
cubamelangkah , ular itu akan menerkam semula dengan mulut terngangga
menampakkan lidah yang panjang. Saya memgucap panjang apabila mata ular
itu yang merah bercahaya merenung tajam ke arah jenazah yang diletakkan
di atas pengusung. *



*
"Ya Allah , janganlah mayat tu ditelah , " doa saya. Hati bertambah bimbang
apabila melihat mulut ular itu terngangga luas boleh memuatkan sebuah
motosikal. Serentak mereka mengundur untuk menyelamatkan diri. "Kalau
kecil boleh juga saya kais dengan kayu. Tapi iiiiii ni besar , mulutnya
saja sama bes ar dengan lubang kubur. Kalau saya masukkan juga jenazah
itu bukan kebumi namanya tetapi campak ke rahang ular , " kata Ahmed ,
tercunggap cunggap.Orang ramai lari bertempiaran.
Ada   yang terjerit
jerit akibat terlalu takut. Beberapa minit kemudian mereka terus menutup
semula lubang kubur itu. Ahmed berjalan ke sebuah  lagi kubur ,
limameter saja jaraknya
dari kubur tadi. Perlahan lahan   dia menarik penutup nya yang diperbuat
daripada batu. *


*
Di Mekah kedaan kuburnya  yang berlainan dengan  di
Malaysia . Disana
lubang kubur sudah siap digali dan disimin dindingnya kecuali lantai.
Dan
disimin dindingnya kecuali lantai. Setelah jenazah di kebumikan ia
ditutup
semula. Pintunya diperbuat dari besi atau   batu. Setahun kemudian kubur
itu akan dibuka semula untuk diisi dengan jenazah baru. Biasanya satu
liang boleh digunakan untuk enam jenazah. Namun ada juga boleh memuatkan
hingga seratus. Jenazah baru hanya akan ditanam di dalam   lubang itu
jika
jenazah yang ditanam setahunlalu sudah tiada ataupun hanya tinggal
tulang.
Tulang tulang itu akan dikuis ke tepi untuk memberi ruang pada jenazah
baru. *


*
Ahmad membuka lubang  tersebut dengan berhati hati. Apabila terbuka
sepenuhnya , segera dia melenting. Ular yg  sama terpacul lagi ditengah
tengah lubang kubur! Ahmed melompat ke belakang , kawan kawan nya lari
lintang pukang. "Lain macam je ular ni , bang. Ular sawa bukan ,   tedung
pun bukan , anaconda tidak mungkin. Ular apa ni bang? bisik saya pada
abang. " Inilah agaknya ular al-Syujak al-Aqra seperti yg pernah nabi
sebut sebut dalam sabdanya , yang akan menyiksa sesiapa yang meninggalkan
solat dan melakukan maksiat , " kata abang. Aneh sekali , bagaimana ia
boleh berada di dalam lubang kubur itu. *


*
"Tutup balik , " Ahmed bersuara meminta tiga orang lagi rakanya membantu.
Ahmed beralih pula ke kubur  lain. Dia mengagak   lubang itu sudah dua
tahun tidak digali semula. Orang lain yg pada mulanya ramai tidak berani
mendekati. Mereka hanya berdiri di tepi pagar tembok. Tinggallah kami
berenam , Ahmed dan kawan kawannya , abang serta saya. *


*
SYYYYYYYYYYY! ! Bunyi desiran dari arah lubang pada pintu kubur yang
terbuka sedikit. Ahmed dan rakan rakannya segera berhenti mengangkat
penutup lubang kubur tersebut. Masing masing terdiam dan memasang
telinga . Setelah beberapa minit menunggu tidak ada lagi bunyi yang
kedengaran.
"Ahhhh!! Bunyi   pasir runtuh agaknya , " beritahu Ahmed sambil tersenyum
cubamenyedapkan hati. Ahmed lantas mengajak kawan kawannya menyambung
kerja. Perlahan lahan mereka membuka penutup lubang kubur hingga terbuka
luas. "Alhamdulillah" Ahmed bersyukur , tidak ada lagi ular besar yang
menganga di muka lubang. Di bahagian dasar lubang hanya tinggal
tengkorak dan beberapa tulang yang belum reput. Ahmed masuk ke dalam
kubur untuk
mengumpul tulang tulang itu   dan diletakkan di sudut , kemudian naik
semula untuk mengangkat jenazah wanita itu. *


*
Perlahan lahan Ahmed dan tiga kawan kawannya megusung jenazah wanita
tersebut ke tepi lubang. Saya hanya memerhati sahaja mereka melakukan
kerja. "Berhenti!!!!" tiba tiba Ahmed menjerit.   Dua orang kawannya yg
memikul jenazah terkejut. Nyaris nyaris jenazah tercampak. Segera
jenazah dibawa keluar dan diletakkan diatas pasir. Mereka hanya tercegat
memerhati. Ahmed menggeleng geleng kepala , tidak percaya dengan apa yang
berlaku. Orang ramai bercempera sekali lagi. *

*
"Subhanallah .. ular lagi , " terpacul dari mulut saya. "Kamu pasti ular
itu tidak ada disitu , tadi?" tanya abang. Ahmed termenung memerhatikan
rahang ular yang terbuka luas. Di wajahnya ternampak keletihan. Dia pun
sudah hilang punca untuk menjawab peryanyaan saya tadi. "Subhanallah , "
hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya sambil menoleh ke arah
saya. Ahmed menggaru garu kepala , tak tahu apa yang perlu dibuat.
Menurutnya , tidak ada lubang pun di dinding liang yang boleh dilalui
oleh ular sewaktu dia mengumpulkan tulang tadi. *


*
"Mungkin tanah haram tak mahu terima jasadnya , " kata abang. Ahmed
mengangguk dan bersetuju dengan kata kata abang. "Kalau begitu mengapa
tak
dikebumikan   saja di Jeddah?" saran saya kepada Ahmed. "Seharusnya
begitu , mungkin ada yang tak kena , " kata abang. Jeddah? Ya , hanya Jeddah
sahaja tanah halal yang paling hampir. Ahmed , saya dan abang menaiki
satu kereta untuk bersama sama mengiringi jenazah ke Jeddah. Dalam samar
sama hari yang sudah merangkak senja jenazah itu dikebumikan.
Alhamdulillah!
Semuanya dapat disempurnakan dengan selamat. *


*
Dalam perjalanan pulang ke Mekah , tiada lain yang kami bualkan kecuali
kejadian itu. Saya benar benar insaf dan gerun akan kekuasaan Allah.
"Salah satu keistimewaan umat Muhammad ialah seksaan atas dosa dosa
mereka akan ditangguhkan sehingga akhirat. Namun tidak mustahil ALLAH
akan membalasnya sewaktu didunia. Itu tidak lain sebagai ingatan pada
yang masih hidup , " tegas abang. Kata kata itu membuat saya berfikir
kembali rahsia di sebalik kejadian yang baru kami alami. Kepada kenalan
rapat arwah perempuan itu saya tanyakan asal usulnya. Menurut mereka
wanita itu berasal dari Mesir , bertugas sebagai jururawat di Hospital
Aziziah. Ia

memang seorang yang rajin , taat , cantik dan lunak suaranya apabila
melayan pesakit. Namun apabila malam menjelma , pakaian seragam jururawat
ditanggalkan. Maka terserlah lah kecantikannya yang meruntun hati setiap
lelaki yang memandang. *


*
Bibirnya , mata , rambut ikal mayang , berkenig lebat d an berhidung
mancung menjadi bonus untuk memikat hartawan. Dengan kelebihannya dia
sering menggunakan nya untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan.
Daripada cerita kawan kawannya yang saya temui , si gadis manis berusia
25 tahun itu menjadi 'perawat jiwa' kelas atasan. Setiap malam dia
menerima jemputan daripada saudagar kaya yang menawarkan bayaran tinggi.
Selama bertahun tahun kerjanya tidak ada siapa yang mengetahui. *
*
Namun hari tidak selalu panas , kadang kadang hujan ditengah hari. Di
tengah kemashuran namanya meniti di bibir para hartawan , wanita itu
diserang penyakit misteri. Tidak ada ubat moden yang mampu
menyembuhkannya. Tiga bulan dia terlantar di wad tempatnya berkerja.
Yang
menginsafkan setiap kali kawan kawan setugas datang menziarahi , dia
kanbercerita segala kegiatannya selama ini. Peristiwa itu sesungguhnya
menginsafkan betapa siksa kubur itu jangan dipermainkan , sebagaimana
hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Abbas , katanya: ketika Rasulullah
s.a.w melalui dua buah kubur beginda bersabda: *


*
"Ingatlah , sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa , tapi bukan kerana
melakukan dosa besar. Seorang diseksa kerana dahulunya dia suka membuat
fitnah dan seorang lagi kerana tidak membersihkan dirinya daripada air
kencing." *


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Senior Member

Status: Offline
Posts: 203
Date:

ishhhh...takut nyeeee...

__________________
~ the love between us~ no one can separate it


Senior Member

Status: Offline
Posts: 210
Date:

ngeri2!!!
takot laa....

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard