Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KEMUNCULAN DAJJAL


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
KEMUNCULAN DAJJAL


1) Di antara fitnah Dajjal ialah bahwa ia akan membawa sorga dan neraka; adapun neraka Dajjal ialah sorga, dan sorga Dajjal ialah Neraka. Maka barangsiapa diuji dengan neraka Dajjal, hendaklah ia mohon pertolongan Allah sambil membaca permulaan surat al--Kahfi, maka neraka akan menjadi dingin dan damai"

KOMEN: Orang yang menyokong Dajjal akan hidup senang, orang yang menentangnya pula akan disiksa. Kita disuruh membaca permulaan surah Al-kahfi membawa ajaran Kahfi kerana Dajjal itu Kristian supaya ummat Islam dapat diKristiankan.

2) "Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah Dajjal di muka cepatnya perjalanan bumi? Beliau menjawab: seperti cepatnya awan ditiup angin"

KOMEN: Dajjal memiliki cepat teknologi termaju seperti kapalterbang, jet pejuang dan kapalterbang pengebom. Dajjal boleh menjalajah seluruh dunia menyerang dengan dan mana-mana negara yang memusuhinya.

3) "Ia akan meloncat-loncat di antara langit dan bumi"

KOMEN: Helikopter dan jet pejuang Dajjal boleh naik-turun dari bumi ke langit dengan mudah.

4) "Dajjal akan muncul dengan naik keledai putih; yang jarak antara dua telinganya adalah tujuh puluh yard"

KOMEN: Dajjal menaiki kapal terbang yang canggih.

5) "Ada beberapa kaum yang bersahabat dengan Dajjal akan berkata: "Sesungguhnya kami tahu bahwa Dajjal adalah kafir, tetapi kami ber- sahabat dengan Dajjal, agar kami dapat makan dari makanannya, dan agar kami dapat memberi makan ternak kami dari pohon-pohonnya"

KOMEN: Ada ummat Islam yang tahu Dajjar itu Kafir, tapi kerana kurang iman, mereka percaya kepada janji-janji manis Dajjal yang membantu mereka supaya hidup senang. Mereka takut kepada Dajjal umpama takut kepada Allah.

6) "Dan ia (Dajjal) akan membawa gunung roti, dan sekalian manusia akan mengalami kesukaran, terkecuali orang yang mengikuti dia"

KOMEN: Dajjal membawa bantuan makanan yang banyak untuk manusia yang dikuasainya.

7) "Kebanyakan orang yang mengikuti Dajjal ialah kaum Yahudi, para wanita, dan rakyat jelata"

KOMEN: Kaum Yahudi memperalatkan Dajjal untuk memusnahkan ummat Islam. Para wanita dan rakyat jelata yang takut kepada Dajjal menerima cara hidup atau budaya Dajjal supaya cara hidup Islam dirusakkan.

8) "Dajjal musuh Allah, akan muncul dan dia akan disertai oleh bala tentara yang terdiri dari kaum Yahudi dan segala macam bangsa"

KOMEN: Dajjal mengetuai bala tenteranya yang terdiri daripada pelbagai negara dan bangsa, berkulit putih dan berkulit hitam. Tidak hairan Yahudi juga menyertai bala tentera Dajjal kerana Yahudi itu sendiri sebahagian daripada perancangan Dajjal.

9) "Dan tak sejengkal tanah pun di muka bumi ini yang tak dikuasai oleh Dajjal, terkecuali kota Makkah dan Madinah"

KOMEN: Seluruh dunia dikuasai oleh pengaruh Dajjal. Jika dua tempat di dunia ini terpelihara daripada pengaruh Dajjal, hanya Makkah dan Madinah kerana menjadi tempat suci yang merupakan benteng akidah Islam.


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard