Seorangekskutif muda yang berjaya sedang memandudisebuah perkampungan di pinggirbandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasitinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihatsesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapiseketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelahkanan kereta Waja tersebut. Apalagiekskutif muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimanaanak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil , menarik tangan anak kecildan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi : "Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awakberada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?jerit ekskutif tersebut. Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; " Saya meminta maaf pakcik, saya tak tahu apa patutsaya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuhdari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya. Dengan rasa terharu,ekskutif muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.Terima kasih , pakcik,saya doakan pakcikselamatdunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan , ekskutif muda hanya melihat dengan sayu,anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menujuke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Ekskutif muda tersebut berjalan perlahan ke arahkereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan sajatanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakanseseorang melontar batu hanya kerana hendakkanperhatian .
Pengajaran
Allah tidak menjanjikan hidup ini t idak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
.
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????