Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Anak Kecil Dan Seketul Batu


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Anak Kecil Dan Seketul Batu


Seorang ekskutif  muda yang berjaya sedang  memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Ia  memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang  berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia  memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang  anak kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan ,  ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut  melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapiseketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi ekskutif muda tersebut menekan brek  sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil , menarik tangan anak kecil dan  menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi :

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya  awak berada di sini ? Itu kereta baru , mahal dan susah  nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit ekskutif  tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf  ;

" Saya meminta maaf pakcik, saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana  tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu  sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia  jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang  yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.

Dengan rasa terharu, ekskutif muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih , pakcik,  saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , ekskutif muda hanya melihat dengan sayu, anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Ekskutif muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini t idak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan,  panas tanpa hujan  tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

.


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Senior Member

Status: Offline
Posts: 234
Date:

nadia dh post citer ni kan..

__________________
aku manusia takut ke neraka...
namun aku juga x pantas ke syurgaMU..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard