TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATI SELEPAS MATI
Dari Anas RA berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya:-
1) Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya;
2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya;
3) Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya;
4) Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya;
5) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung;
6) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya; dan juga
7) Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya (anak yang selalu diajari ilmu Al-Quran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri).
Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda ; "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam:-
1) sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah);
2) ilmu yang berguna dan diamalkan;( ilmu yang bermanafaat) dan juga
3) anak yang soleh yang mendoakan baik baginya."( Doa anak yang soleh)
"yang benar dan hak itu datangnya dari ALLAH, yang lemah dan sering khilaf adalah kita makhlukNya. Tiada yang lebih hebat daripadaNya di muka bumi ini kerana kembali kita kelak kepadaNya dalam fitrah yang sama; hamba."
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????