cerita saya dapat dari seorang pengirim e-mail dan saya forwardkan buat tatapan wanga geng cerita....
Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapananda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.
Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata untuk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.
Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentinganmasing-masing. Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari tu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah.Penat dan letih tidak dapat digambarkan.
Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu.Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil.
Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agartidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alammimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya. Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini.
Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya.
Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."
Sehingga kini,setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya ... semoga Allah perkenankannya.
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
sedihnyer cerita ni..sedih sgt.. bermula dgn pasangan yg begitu bahagia.. saling menyayangi.. saling memahami.. tp hurm... aku yakin arwah suaminya memaafkannya.. aku yakin arwah suaminya memahaminya.. aku yakin arwah suaminya meredhainya..
chit! kalo ko x abes bace, cane ko tau citer ni sedey? memandai jek.. oOo..x cukup umo gi eyh? patut la.. adik..citer ni utk org da cukup umO jer.. dah..syoh2.. gi men jauh2..
ko pos lagi citer ni ye... tak sanggup aku nak baca.... sedeh sgtttttttt.... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (mana timba..mana timba... cepatla ICU tadahkan utk aku ni...kang leh tuang kat perigi belakang tuuuu)
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
sob..sob...aku pon sedih... walaupon aku xbace sampai mule... tapi aku berjaya bace sampai abis... sob..sob....scretttttttttt....(effect hembus ingus)... Rajin Naz...meh pinjam lengan baju... ingus nie dah meleh dah... tak tau nak lap kat mane....
ni apasal semua sedih2 ni...... sampai semua nangis2 ni,apa cite ni.......... ooooooo.....patutlah tengok cite filipina rupanya..... siannya kat heroin tu......sob..sob...sob....
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
laa... apasal heroin dia terjun kat laut.... terjun je la kat kuari ke gunug berapi ke... baru teruja skit nak nengok.... ni la citer indon..... dah tau gunug berapi byk kat sana..terjun je la.... buat2 ala titanic pulak....
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
muatiara ati ke.... cam ner aku leh tengok cite lain lak ni....... sedih sangat2 ke???? nnti jap aku nak g ambik tisu.... sob...sob...huarggghhhhh sedihnya.....
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
aku sedih bukan sebab apa..... pelakon dalam cite ni pandai betul menjiwai watak.... berlakon jd orang susah,orang miskin..... dalam cite ni,betapa susahnya pelakon itu sampai x pakai seurat benang pun... nilah baru betul2 cite orang susah...... pandai betul hero n heroin menjiwai watak......
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
korang ni semua mmg haiwan2 zoo belaka...topik ni dari topik sedih le jadik topik nirrojim sungguh..... sib baik la pn amir tu tak kiah orgnye... posting dia dari cap gajah dah jadik cam cap kura2 dh jadiknye...... patutla ni GC..... ruangan geng gay bercerita... so bleh gak la terima makhluk2 OKU ni meroyan kat sini.....
(cleaner... ko ni aku dah bg gaji..pegi la carik baju pakai la baju....togel je aku tgk ko tu.... mmg la tak cukup sifat)
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
kan ke amir khan cite bab sedih,jd aku pun cite mende sedih gak....... salah ke aku bercerita????? kalo salah ko bg sebab kenapa salah............. tp memang sedih cite yang aku tengok ni........ cam nak menitis je air mata....
(tengah tengok minggu penyingkiran pelajar AF)
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
hah.... ingat tu radenanas... ko tu bukannya buley tu..!! wat keje skit dah nak rehat..!! kupas bawang 2 menet, rehat 4 jam...!! camana la produktibiti nak berjalan seiring dengan modal insan...!!
asal laki ko nak makan malam jer ko lupa nak panaskan...!! sungguh kurang tatasusilawati la ko nih...!!
korang sumer ni sawan ker ape? takde kena mengena langsung citer ni dgn citer korg tu.. tv2 ker..filipina ker..indon ker..titanic ker.. mutiara hati ker..american top model ker..AF ker..
punya la abg amir tu buka alkisah yg menyentuh hati.. utk sama2 kite mgambil iktibar.. amik pengajaran.. huh, kan da emo aku ni..
tp mmg citer abg amir tu sdey la.. sob..sob..nak nangis gak..
utk dik ita.... aku ni mnyongsang ke arah citer lain bukan hape... aku dah penah baca kesah ni...aku sedih sgttttttttt... sbb tu bila pn amir dah bukak topik ni aku malas bc kang aku nangis lagi... kang siap icu ngan abross cepat2 dtg kat aku...amik timba la..baldi la.... aku mals tul ngan bdk2 OKU nih....
takpe la demi menjaga ati ko ngan pn amir meh la aku baca lagi sekali.............
1
2
3
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....... ha kan aku dah ckp..... ko tak caye.. sedih citer ni... isk..isk..
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
hoh??? bos aku dh nangis..yahoooo...sukanya ati,biasanya bila bos dh nangis kedai akan buka separuh ari je....bila dh buka separuh ari bleh la aku g berpoya-poya..........kan best kalo cam ni selalu.......................
(sambung layan cite venezuela...sob..sob..meleleh air liur)
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
Ooo...yeke...kedai bkk separuh.....klu cam tu aku beli dvd citer sedey bebyk...pastu kasi kat bos...klu nangis je..tiap2 hari bkk separuh hari.....huh...best tu....
Aku dh suruh zul n icu pelok n tepuk2 kat radinnazi tu...tp abis kurap n panau sume berjangkit...huh...bahaya tu...lgi2 klu hingus nenek radinnazi tu...penuh ngan kuman karnivor....
takpe la..... kutuk la aku..hina la aku.... wp aku ni insan yg kuat tp aku ada perasaan gak.... uwaaaaaaaaaaa... ngape la makhluk2 ni keja ngan akuuuu.... diaorg ni semuanya makhluk dua alam
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah