Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ANTARA SABAR DAN MENGELUH


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
ANTARA SABAR DAN MENGELUH


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.
Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua." Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya.
Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka." Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya." Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."
(Riwayat oleh Imam Majah)


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Menarik la cite ni,aku xpenah dngr lg..dh jg lumrah manusia klu ssh skit mmg mengeluh dl..nl lak si nenek raden tu hah xdpt nk tngk SPA Q kt TV pn mengeluh gara2 anak dia berebut nk tngk Ultramen..apela ko Raden, dh jd nenek pn xreti mengalah lg..

__________________
Aku IBU si Comel...


MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

meh aku bg penerangan kat ko ye koala... dah tu aku nak bukak spa Q dia nak bukak ultraman, aku nak bukak berita dia kata bukak CERIA (kampung boy), aku nak tgk program masak memasak dia nak tgk CERIA (b-daman), abis tu aku nak bukak drama dia nak bukak CERIA (degata defenders), abih tu aku nak tgk gerak2 khas dia nak bukak CERIA (ninja boy), lepas tu geng bas sekolah la, telematch la..... abis tu aku nak nengok hape... takkan terperuk kat dapur masak je, kuali2 tu pun dah jemu tgk aku.... nak tido lak mlm masih muda... kang solat n zikir lama2 nampak benar aku ni alim nak gak tahu pkembanagn semasa... mana taknye aku mngeluh....

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Senang cite klu kuali ko kt dapur dh jemu ngadap mk ko..baik ko gantung ats bumbung bt antena Astro 1 lg..mst dh xmengeluh..tp aku jamin laki ko lak mengeluh sbb xdpt mkn sambal tempe mskn ko kt dapur tu..tp kn tngk sambal tempe mskn Chip Wan dlm Astro je...koala cam aku xpe..tngk pokok buluh je hr2 xde pn merungut..syukur sentiasa tau.

__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 787
Date:

Sabo...sabo....jgn berebut2 ape kte nenek raden pi umah nadia...kn senang...biar ar anak nenek raden layan citer katun ngan aku...kuikuikuikui

Baik punyer cilok lu....

__________________
Biso Bonar
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard