Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sayang, izinkan abg kahwin lagi...


Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:
Sayang, izinkan abg kahwin lagi...


Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja.
Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2
keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna,
baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia
bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli
aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan
Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina
memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan
tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba
mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung
Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan
Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz
dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasihani,

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang
sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran
zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak.Memang pandai dia masak, apatah lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkanAbg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada
lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg
sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi, Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg
mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika
munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah
borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg..
tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg,
roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!


__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 146
Date:

bagus cerita ni..
bnyk pngajarannya..
akupun igin mjdi sperti Aliah...
klu satu hari nnt jdoh aku dgn die tak panjang..aku pasrah..
tapi biarlah org yg jadi pengganti aku tu lebih baik dari aku..
yg boleh membimbing die mgenal Tuhan..

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 168
Date:

1st time aku bace citer sampai hbes...hahah...byak pengajran ni...
susa nak cari wife camni...
klu yang tau habeskan duit, tapau lauk kedai mamak, banyak la...
kena hargai ape yg kita ade..
jgn tgk luaran je..
banyakkan doa...
kan best klu sume gurl camne....

p/s: sungguh ilmiah plak post aku kali ni..
aku dah insaf ke ek???
ke aku ni calon suami mithali???
muskil3...


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

dasyat2x...mengambil mase selame seminggu untuk aku habeskan bace cerpen nih..heheh~~

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:

Fizie wrote:

dasyat2x...mengambil mase selame seminggu untuk aku habeskan bace cerpen nih..heheh~~



cik fiziekal.. ko kena sabarlah nak baca sampai abis kalu tak mcm aner ko nak jadi isteri mcm aliah tu auwww...tu lah ko kena nasihat kat suami ko tu abg zul supaya lepas ni kalu dia nak kahwin lagi ajak bakal madu ko tu bermalam ngn ko...biggrinbiggrinbiggrin



__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...


Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

RE: Sayang, izinkan abg kahwin lagi...

Fizie wrote:

dasyat2x...mengambil mase selame seminggu untuk aku habeskan bace cerpen nih..heheh~~



cik fiziekal.. ko kena sabarlah nak baca sampai abis kalu tak mcm aner ko nak jadi isteri mcm aliah tu auwww...tu lah ko kena nasihat kat suami ko tu abg zul supaya lepas ni kalu dia nak kahwin lagi ajak bakal madu ko tu bermalam ngn ko...biggrinbiggrinbiggrin



__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...




Ish2x...zol adalah bukan lelaki pilihan ku...aku benci sama zol...


(en.zol balik umah menanggis2x sambil dipeluk oleh en.icu dgn penuh manje)



__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:

fiziekal :  i benci kat u lah...
zul : nape yg...bagilah abg kahwin lagi satu kesian kat dia
fiziekal : sape dia tu 
zul : ala icu tu lah bukan ayg tak kenal pun...boleh yeee....
fiziekal : bencilah abg ni sobb...sob..(fziekal menangis semahu2nya bila zul nak kahwin lagi...)

ni lah laki bukan main bail lagi fiziekal tu nak tambah cawangan jugak...tu lah laki memng mcm tu tak pernah cukup ngan satu...



__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...


Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

iziekal :  i benci kat u lah...zul : nape yg...bagilah abg kahwin lagi satu kesian kat diafiziekal : sape dia tu zul : ala icu tu lah bukan ayg tak kenal pun...boleh yeee....fiziekal : bencilah abg ni sobb...sob..(fziekal menangis semahu2nya bila zul nak kahwin lagi...)ni lah laki bukan main bail lagi fiziekal tu nak tambah cawangan jugak...tu lah laki memng mcm tu tak pernah cukup ngan satu...

__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...





ish2x...ape la yg ko meroyan nih biskut ?? lain dah tu..

(mengajuk biskut pegi masjid utk jemaah sekali sbb dosa yg dipikul biskut terlalu berat sampai bahu belah kiri dah senget)



__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:

biskut pun tau meroyan gak ke....tak perasan sejak kawan ngan icu ni meroyan aje biskut....hehehe...abg clener ni maner ek rindu tul ar....radinmas...bagi abc ade aiskrim satu...bubuh banyak ckit.....

__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...


Super Member

Status: Offline
Posts: 1738
Date:

gadis_biskut wrote:

biskut pun tau meroyan gak ke....tak perasan sejak kawan ngan icu ni meroyan aje biskut....hehehe...abg clener ni maner ek rindu tul ar....radinmas...bagi abc ade aiskrim satu...bubuh banyak ckit.....




"bila masa lak aku berkawan ngan ko.......aku kan org ensem mana bleh kawan ngan org huduh rupawan macam ko" kata ICU kepada mat gedik....

eh..eh..adik sekuk jagung....jom kita g "bito" ketam



__________________

Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..



Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

setau aku ko la biskut yg pandai meroyan lagi sengal...huhuahah~~~ biggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrin

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:

jom kita dating...nak makn ketam bnyak2 ni sedap...cik fizik rasanya biskut tak meroyan mcm ni entahlah tiba2 je rasa nak meroyan...biggrinbiggrinbiggrin...cik fizik nak biskut...mehlah biskut suap...(aku meroyan lagi ke ni...)...

__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...


Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

RE: Sayang, izinkan abg kahwin lagi...

jom kita dating...nak makn ketam bnyak2 ni sedap...cik fizik rasanya biskut tak meroyan mcm ni entahlah tiba2 je rasa nak meroyan...biggrinbiggrinbiggrin...cik fizik nak biskut...mehlah biskut suap...(aku meroyan lagi ke ni...)...

__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...





Dah sah la cik biskut nih kaki meroyan...udah2x la tu..~


(tibe2x en.fizie gangga mulut layan je cik.biskut suapkan biskut die masukkan kt dlm mulut en.fizie~~ )
biggrinbiggrinbiggrin

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard