Mereka yang tidak menyukainya menyebutnya tanggung jawab, Mereka yang bermain dengannya, menyebutnya sebuah permainan, Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya sebuah impian, Mereka yang mencintai, menyebutnya takdir. Kadang Tuhan yang mengetahui yang terbaik, akan memberi kesusahan untuk menguji kita. Kadang Ia pun melukai hati, supaya hikmat-Nya boleh tertanam di dalam. Jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan di baliknya. Alasan yang kadang payah untuk dimengerti, namun kita tetap harus percaya bahawa ketika Ia mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yang lebih baik. Mengapa menunggu? Kerana walaupun kita ingin mengambil keputusan, kita tidak ingin tergesa-gesa. Kerana walaupun kita ingin cepat-cepat, kita tidak ingin sembarangan. Kerana walaupun kita ingin segera menemukan orang yang kita cintai, kita tidak ingin kehilangan jati diri kita dalam proses pencarian itu. Jika ingin berlari, belajarlah berjalan duhulu, Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu, Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu. Pada akhirnya, lebih baik menunggu orang yang kita inginkan, memilih apa yang ada. Tetap lebih baik menunggu orang yang kita cintai,memuaskan diri dengan apa yang ada. Tetap lebih baik menunggu orang yang tepat, Kerana hidup ini terlampau singkat untuk dilewati bersama pilihan yang salah, kerana menunggu mempunyai tujuan yang mulia dan misteri. Perlu kau ketahui bahawa Bunga tidak mekar dalam waktu semalam, Kota cinta tidak dibangun dalam sehari, Kehidupan dikandung dalam rahim selama sembilan bulan, Cinta yang agung terus bertumbuh selama kehidupan. Kebanyakkan hal yang indah dalam hidup memerlukan waktu yang lama, Dan penantian kita tidaklah sia-sia. Walaupun menunggu membuatkan banyak hal - iman, keberanian, dan pengharapan - penantian menjanjikan satu hal yang tidak dapat seorang pun bayangkan. Pada akhirnya. Tuhan dalam segala hikmat-Nya, meminta kita menunggu, kerana alasan yang penting.
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????