Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: SYAITAN DAN HIDUNG


Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:
SYAITAN DAN HIDUNG


Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)


Malah ada orang jatuh cinta kerana
terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.
Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,
macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa) Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.

Cara nak membersihkannya

Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan.

Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek

kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal,

boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa.

Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).

Akhir kata........

"Walaupun dirimu tidak kukenal,
tetapi lubang hidungmu
tetap menjadi pujaan hatiku"


__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 127
Date:

cara nie juga dapat mengelakkan kita dari terkena resdung... smile.gif

__________________
~i yem meself...~ :devilish:
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard