Ali, seorang jurubina berjaya tetapi mempunya sifat luruih bendul. Suatu pagi di sebuah warung, sedang dia menikmati sarapan pagi, terpandang dia pada seorang wanita yang baru sahaja turun dari sebuah lori. Dia sedikit terpikat pada kejelitaan gadis itu. Sebaik sahaja gadis itu menaiki lori tersebut, Ali dengan tergesa-gesa menaiki keretanya mengekori bontot lori tersebut. Lori tersebut menuju ke sebuah hypermarket terkemuka di Kuala Lumpur. Sebaik sahaja gadis tadi turun dari lorinya, Ali dengan segera mengikutnya. Gadis itu berasa seolah sedang diekori. Dengan tidak membuang masa, gadis tersebut terus berlari sambil melihat-lihat jika ada pengawal keselamatan di situ. Nasibnya agak baik kerana tidak jauh dari tempatnya, kelihatan seorang pengawal keselamatan sedang berdiri.
"Tolong saya encik. Ada orang sedang mengekori saya sejak saya sampai ke sini lagi." kata gadis itu sambil menunjukkan jarinya kepada Ali. Ali yang termengah-mengah terus mendapatkan gadis tersebut kerana tidak perasan pengawal itu. "Hah. apa kena dengan kamu nih? Dah takde kerja lain ke sampai mengejar anak dara orang? Tak tau malu ke?" herdik pengawal tersebut kepada Ali. "Yang encik marah-marah ni kenapa? Encik nih tak sekolah ke dooloo?" balas Ali. "Yelah, yang awak mengekori saya dari tadi, apa sebabnya?" jawab gadis itu. "La, dah awak yang suruh saya ikut, saya ikutlah. Sekarang nak marah pulak? Kalau saya tau macam nih, sumpah saya tak ikut" kata Ali pula. "Bila masa pulak saya suruh awak ikut saya? Awak jangan nak memandai-mandai. Saya saman awak nanti" herdik gadis itu dengan berani. "Tuh... apa tuh?" kata Ali sambil menghalakan jarinya ke arah baju gadis tersebut. Gadis itu tanpa segan silu terus terkekek-kekek diikuti oleh pengawal tadi. Tidak lama kemudian, orang ramai yang mengerumuni mereka juga gamat ketawa. Rupa-rupanya kejadian ini hanyalah disebabkan perkataan FOLLOW ME yang terpapar pada baju gadis tersebut. Setelah dimaklumkan, barulah Ali faham. Ali yang tersipu-sipu, terus beredar dari situ tanpa menoleh ke belakang lagi.