Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tidak Kira Cantik Atau Tidak ..Tapi Yang Penting PERANGAI kita!!!!!!


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Tidak Kira Cantik Atau Tidak ..Tapi Yang Penting PERANGAI kita!!!!!!


Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi...
Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."


Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka
akan
menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya.
Tersipu-sipulah dia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan
cantik dan lawa?
Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan
Tuhannya.
Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.
Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya
punya
kelebihan.
Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi
dunia
mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi
tukaran
dengan wang
yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak
merpati,
senang
didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya
maka
suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah
dengan kehendak
dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan
isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah
suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya.
Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri
yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya
tidak
tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.
Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk
meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik
atau
tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya
pada suami
adalah akhlak yang indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih
lagi
isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya.
Cantik
warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi
berakhlak
mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga
cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya
dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga
raya, tidak dijual atau
dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan.
Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar d iri jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan
hati
dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi.
Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan
usah pula risau akan
paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah
berlumba-lumba untuk menjadi
wanita
yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta
makhluk-makhlukNya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan
sentiasa
resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya.
Bukan jua
kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi
kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala
yang tinggal akibat pujian dan
sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.
Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari
kecantikan diri
yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan
setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu
dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk, cantik hodoh itu
adalah
pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan
persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah
dikerumuni oleh cacing
dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu
bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu
diucapkan nikmat iman dan
Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang,
berkorban apa saja demi mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak
tangga
menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina.
Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari
penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu,
untuk apa digunakan.

Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam.
Di
mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan
kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau.
Saksikanlah kilauan mentari,
percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak
bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai
keindahan, sesungguhnya pada
segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari A llahlah datangnya,
dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta
pertolongan. " An-Nahl: 53

Wallahu a'lam...

Semoga kita sentiasa dibimbingNya dalam bermujahadah menjadi yang
terbaik...


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Senior Member

Status: Offline
Posts: 262
Date:

x semua yg cantik tu x berbudi..ada juga yg cantik tu berbudi ler amir khan..
x baik tau nak ckp mcm ni.., mcm semua org yg cantik tu buruk tingkah lakunyer..
apa pun, kata2 ko ni ada jugak kebenarannya.

__________________

kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...

ZUl


Super Member

Status: Offline
Posts: 1414
Date:

pada sesiapa yang minum susu ibu lembu masa kecil
baik korang ucapkan selamat ari ibu
pada ibu susuan anda tu....

setahu aku rie cipan suku minum susu kambing masa kecil dulu
patut pun malam² jumaat beliau suka mengembek
kantoi dgn aku masa beliau main haji dam dgn
kaktusbulu malam jumaat lepas...
jijik sungguh perilaku yahudi rie cipan nie..
buat potong stim aku nak skodeng kaktusbulu jer

-- Edited by ZUl at 16:17, 2008-05-12

__________________

Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU


Senior Member

Status: Offline
Posts: 403
Date:

minum susu kambing ok ape. kambing merata2 kat malaysia. jadi senang la rie nak balas jasa makhluk berkenaan. mat tu, kan masa kecik dia minum susu unta. sampai skarang dia beria2 sangat nak pergi dubai..untuk balas jasa ibu susuan beliau..mujurlah aku minum susu mak aku dari kecik..hehe..

__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

nie kesah perangai cantik ke creta pasal susu ibu...?? mane satu nih...

errr... ade tak sesape yg bley kasi derma susu kat haku.......?? susu skulah laaa.....!! kang ado yg pk bondo lain plak tu cam radenanas tu... asik pk lain yo.....!!

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Amirshah wrote:

Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi...


Ape kena mengena CANTIK dgn BUNGA & SUSU KAMBING kegemaran Rie CIpan tu?

Kompius2...

Yang aku tau CANTIK tu lagu Indonesia y popular hjg 90-an dl,KAHITNA nyanyi,BUNGA2 CINTA lak MIsha ank Pak Umar y nyanyi..tp lagu SUSU KAMBING aku xtau sape penyanyi'yer...



__________________
Aku IBU si Comel...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard