Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tumbuk Rusuk


Super Member

Status: Offline
Posts: 1738
Date:
Tumbuk Rusuk


Petang ini aku agak bizi dalam menyiapkan keje yang menimbun,tapi masih sempat aku menikmati sebatang rokok dan surf internet mengikuti perkembangan semasa melalui surat khabar popular arus perdana. Seperti hari-hari sebelumnya,hati ini tidak begitu tertarik dengan tajuk-tajuk utama yang dipaparkan. Aku sebenarnya hanya tertarik dengan berita-berita sukanheh..heh

 

Sementara menghabiskan sbatang rokok, hati aku terdetik bahawa selama ini iaitu daripada aku mula-mula pandai membaca sehinggalah sekarang,aku hanya dimomokkan dengan isu-isu politik yang tiada kesudahannya. Akhbar-akhbar ini pula begitu berat sebelah dalam mengetengahkan sesuatu isu dan apabila membacanya ibarat aku membaca nukilan-nukilan politik sahaja layaknya. Kenapa tidak dibuat sahaja satu akhbar yang benar-benar tulus dalam menyampaikan sesuatu wadah???(garu kepala) yang tidak lagi membohongi rakyat jelata cam aku ni. Memang aku akui perlunya sekatan dalam bersuara,tetapi tindakan yang ada sekarang ini terlalu memihak kepada satu golongan sahaja. Lalu apa sebenarnya yang terjadi dalam atmosfera negara kita??? Apakah hati dan minda kita terlalu sebati dengan apa dimomokkan sedari kecil sehinggakan kita hanya mengambil sahaja apa yang dipaparkan didada akhbar walaupun banyak fakta yang telah diputar belitkan????ehhhh...tunggu,aku tidak boleh salahkan pembaca 100% kan?? Ye la kalau sudah dari kecil digula-gulakan.

 

Hmm senangnya aku cakap tentang kebebasan media dan kebebasan bersuara!!! Apa ingat pihak kerajaan suka-suka buat peraturan itu dan ini??? Aku sebenarnya bukan mengkritik dasar-dasar kerajaan tetapi aku tidak bersetuju dengan perlaksaan dan pendekatan yang diambil. Bagi aku, berbeza pendapat tidak salah selagi tidak menimbulkan sebarang konflik. Apa salahnya jika sesuatu pendekatan itu dikritik demi kebaikan bersama. Sekali lagi aku akui memang benar, kadang-kala melalui kebebsaan bersuara jugalah akan menimbulkan lebih banyak komplikasi dan masalah. Sensitiviti masyarakat tentang pelbagai aspek samada isu kaum atau agama juga perlu diambil kira, memandangkan kita telah diasuh dengan suasana,budaya dan adat ketimuran sejak kecil. Mana mungkin sama dengan barat yang sudah tentunya berlainan ideologi dan pemikiran dengan kita, tetapi aku berharap agar kebebasan bersuara dan kebebasan media ini janganlah dikongkong secara keterlaluan. Maka disinilah terletaknya persoalan positif dan negatif, anda pilih yang mana satu????...

 

Cukuplah dengan menyatakan sesuatu yang benar. Apa yang sedang bermain di kepala anda sekarang?? Ada pendapat??? Jangan malu, jangan segan...Silakan....

__________________

Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..



Senior Member

Status: Offline
Posts: 262
Date:

Fuh.., sungguh serius ko nyer penulisan kali ni lah ICU..
Dah buang tebiat ker apa?
ko kan uka surf laman.x....... tu ker..
ops..silap lak.., ruangan sukanika kanak2 lebam..
sebab nak tengok gambo ko menang acara lari dlm guni tu..


__________________

kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...



Super Member

Status: Offline
Posts: 1738
Date:

bukan serius sgt pun cuma meluahkan apa yang trbuku je......
rrrrr......xde ke awek2 kat sini yang nak dating ngan aku.......
yang dh sizen cam rajinnaz, elliza mesbun n ej aku xnak.......aku loya.....

(lalu ICU pun kembali beramas mesra kat pangkal peha kaktus bulu)

__________________

Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..



Senior Member

Status: Offline
Posts: 262
Date:

ceh sungguh bedebah ko ICU..
aku karate tulang rusok ko baru rahu...
ko dah YM aku td ko wat2 loya lak ek..
sapa yg dah memprojek ko ni...
ko cakap...
cis..., ko nak cari mangsa seterusnyer ye.
sungguh nirajim ko ni..


__________________

kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

dari tahun lepas aku bace luahan ati Rawatan Penyakit Payah Kentut nie, tapi aku masih tidak memahami ape yang tersirat dan tersurat dalam pemikiran beliau....errr....jap...beliau boleh berpikir ker??? setahu aku otak die dah kene gadai wat beli rokok sekotak due...sekarang nie beliau pakai otak second hand jer...

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

ermmm....

__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard