Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan . Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail .
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? " Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
Wallahualam bissawab...
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
ehh uncle secretary, ko jangan nak kurang ajar dengan senoir geng ni. cube ko cek umur encik amirshah dan berapa beliau punya posting.538 tau.. dah tahap super member. aku pun budak baru jugak tapi masih hormatkan senior2 kita tu. walaupun kebanyakan atau sumer veteran atau super member kat forum ni, tapi aku tengok sumer jenis reti bahasa n hormatkan orang lain. ye laa walaupun mulut mereka dan bahasa mereka amat nirrojim wal-ifrit sekali. tengok laa dulu isi apa karangan encik amirshah tuu...orang tua cakap jangan nak menyampukkkkkk...
__________________
aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!
true....true.... dan aku rase post nie takde la panjang. sangat...macam dah lepak lapan tahun jer kat GC nie bagi pendapatan macam tu....Ungke Sekeers, ko baru lepak kat sini,tak perlu la ko wat komen yang memburukkan posting orang lain.... dah lame kat sini, baru la kot taw macam mane sifat-sifat terpuji dan terkeji ahli-ahli GC nie....forum nie tak macam forum lain... kami lebih suke mengarut...walaupon kadang kala aku tensen gak gan dorang-dorang nie...namun slalunye aku hepi...lebih hepi dari hepi meal mc'd....
ntah laaa mat oiii aku nak cakap pasal budak sorang ni.. aku buka posting dia ni asyik dok mengarut jer. cakap merapu, kelakar pun tidak..duk komen posting orang lain jer. padahal baru dapat dua bintang tapi nak lawan orang 5 bintang..(hehe..padahal aku baru 3 bintang tp bukan komunis bintang 3)..ni memang kes budak ubun2 lembik lagi..
__________________
aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!
biase la tu Cik Awan...budak hingusan...budak baru nak up....budak baru akil baligh...budak yang baru nak kenal dunie....baru-baru nak tunjuk taring... die ingat die dah besar... biar la beliau gan angan-angan beliau.....tak perlu la kite sibuk pasal die...baik kite sambung bersembang pasal kite.... errr...agak-agak bile kite leh kapel??
haah ada hati nk komen posting orang posting dia berterabur citer sana sini dah macam cakar lembu dia punya citer kt satu topik tu aku pun baru gak..tp at least hormat la kan.. orang lama cni..tak nak hormat manyak hormat sikit pun ok la kan..hhaha apa aku merepek dah ni..
apapaaaaa? encik mat nak ajak aku main kapal? nak main kapal layar untuk belayar ke nak main kapal selam untuk menyelam? kita main kapal terbang laaa baru ada kelasss
__________________
aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!
true..true... aku stuju.. en amirshah ni aku tgk bnyk post artikel ilmu-ilmuan ni...n teramat jarang skali bg komen kat post org lain wapun post to tahap nirrrajimmmm..... ini menunjukkan bhwa en amirshah amat berkaliber dan bertoleransi dalam perhubungan sosial sesame insan dmana beliau menjage budi pekertinya...posting2 beliau juga mengandungi bhasa yg amat indah sekali mengalahkan downy 4x...hebat kan en amershah ni.. lenkali komen la isi posting org, jgn plak komen pasal masakan org lenn uncle seeker.... eh , btl ke ape aku ckp ni.. en amershah. blanja aku makan jom...penat aku puji ko ni...
true true true.. encik amirshah tu kalu posting banyak yang bermanfaat untuk kita. tengok je la kat ruangan agama, banyak posting yang dikonker oleh beliau..posting beliau amat baik sekali untuk diikuti oleh segenap lapisan masyarakat. posting untuk menjadi anak yang soleh, posting untuk menjadi suami isteri yang baik, posting untuk melayari rumah tangga, posting citer teladan dll. maka dengan ini encik amirshah sepatutnya dijemput oleh pihak media prima untuk memberi ceramah dalam program halaqah d tv9. encik amirshah, aku pun nak mintak dibelanja jugakk..nak makan free jugakk....boleh laa
__________________
aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!