Mencari Keberkatan Rezeki Hadith : Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang yang terbiasa dengan meminta-minta, dia akan datang pada hari kiamat tanpa secebis daging pun di wajahnya."
Riwayat Bukhari dan Muslim
Huraian 1. Islam menuntut umatnya supaya bekerja dan berusaha sehingga bebas daripada belenggu kemiskinan. 2. Kemiskinan boleh menggelincirkan iman kerana seseorang yang lemah imannya akan sanggup menggadaikan aqidahnya dengan melakukan pekerjaan yang terlarang serta menuturkan kata-kata yang menolak kebesaran Allah seperti menafikan keadilan Allah dan sebagainya. 3. Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia merupakan ibadat iaitu selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum-Nya. 4. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian daripada orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya padahal tubuh badan masih lagi kuat dan sihat. Hal ini amat dilarang keras oleh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan dan menghinakan.
Berusaha Mencari Rezeki Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam."
Riwayat At-Tabrani
Huraian Pengajaran Hadith:
i) Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluraga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain. Ii) Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam. iii) Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T. Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Ye.. mencari rezeki yang diberkati amatlah penting. ni x kerja sambil lewa jer.. dah tu main ponteng2,., suruh kawan punch kan kad kedatangan.. mana rezeki nak berkat.. kalo ada anak bini.. duit yang x berkat tulah jd perbelanjaan harian mereka. dah 2 jadi darah daging.. mcm mana le anak2 nak pandai..rumah tangga nak aman kalo rezeki yang dicari tu x berkat. sebab tu nak mencari rezeki ni kenelah hati2.., jangan main tibai jer. betul x amir khan?
__________________
kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...
Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.
Melayu : Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina : Adaadalu mau ketam cina ka ketam melayu?
Melayu : Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?
Cina : Itu sana dalam bekas ada tutupketam cinasana dalam bekas tak ada tutup ketam melayu la
Melayu : Apa pasal ketam cina apek kasi tutupketam melayu apek tak kasi tutup?
Cina : Itu ketam cina kalau satu ekor keluaryang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu : Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina : Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadijangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluaryang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga cina lain tak kacau dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina yang dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulala bergaduh sesama sendiri. Rata² melayu orang melayu macam tu. PHD (Perasaan hasad dengki) begitu tebal dalam diri mereka.
Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju .Nak maju kenalah ubah nasib kita ini supaya lebih competitive. Bukan semua nak kena spoon feed. Mesti tunjuk usaha yang betul. Otherwise , kita semua akan jadi bahan sejarah. Bak kata pak Karam Singh Walia Ke langit tak cecah ke bumi tak sampai
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????